• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta Kembali Semula ke Kejuaraan Grand Prix Musim 2019!

MV Agusta Kembali Semula ke Kejuaraan Grand Prix Musim 2019!

May 25, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMA MV Agusta akan kembali ke Kejuaraan Grand Prix (GP) selepas menghilang lebih 40 tahun. Jenama legenda Itali itu akan bertanding dalam saingan Moto2 pada 2019.

Bekas pasukan MotoGP, Forward Racing baru saja memeterai perjanjian 4 tahun yang MV Agusta sebagai jentera lumba dalam aksi kelas pertengahan kejuaraan lumba motosikal nombor dunia itu, musim depan. Jentera lumba baharu tersebut akan mula diuji Julai ini.

Giacomo-Agostini-1968
Giacomo-Agostini-2003
Giacomo-Agostini-MV-Agusta-500

Ini ialah kali pertama sejak 1976 apabila Giacomo Agostini memenangi perlumbaan terakhir buat MV Agusta di Nurburgring, Jerman yang mana lambang bandar Varese Itali itu kini bakal muncul dalam senarai kemasukan GP.

MV Agusta sudah memenangi 18 kejuaraan 500cc antara 1956 dan 1974 bersama John Surtees, Gary Hocking, Mike Hailwood, Phil Read dan Agostini sebelum jentera 4-lejang taruhan pengeluar itu ditenggelamkan kehadiran jentera 2 lejang buatan Jepun pada penghujung 1970-an.

BACA >>> 8 Fakta Pantas | MV Agusta Brutale 800 RR LH44 dengan Sentuhan Lewis Hamilton

Pengeluar itu kemudian digugurkan daripada perlumbaan GP selepas berakhir musim 1976 berikutan kegawatan ekonomi yang melanda.

Jenama ini kembali mengasah trek perlumbaan pada 2014 menerusi satu pasukan baharu dalam kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), dengan pelumba Jordi Torres berlumba secara solo menggunakan jentera MV Agusta 1000 F4.

Forward Racing musim ini menggunakan dua jentera Suter yang ditunggang pelumba, Eric Granado dan Stefano Manzi dalam Moto2, tetapi kedua-dua pelumba itu masih gagal meraih sebarang mata dalam 4 pusingan pertama setakat ini.

Pada masa sama, Suter, yang menarik diri daripada Moto2 pada lewat tahun lalu bakal menjadi pembekal fork kepada jentera MV Agusta musim depan.

Pengeluar motosikal Britain, Triumph pula akan membekalkan enjin sebagai salah satu perjanjian menggantikan Honda sebagai satu-satunya pembekal tunggal dalam kategori tersebut.

SUMBER: RideApart

Related

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Eric Granado, Forward Racing, Giacomo Agostini, Moto2, MotoGP, MV Agusta, roda2, Stefano Manzi, sukan permotoran, Suter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev