HARAPAN pelumba Ducati Corse, Andrea Iannone mahu beraksi cemerlang dalam perlumbaan MotoGP tidak kesampaian apabila terbabas di pusingan ke-19 di Litar Antarabangsa Sepang.
Pelumba dari Itali itu kini meduduki tangga ke-5 dengan 188 mata, iaitu dua mata ketinggalan berbanding pesaingnya, Dani Pedrosa dari Honda.
Andrea yang sebelum ini dalam sesi bersama peminat di stesen minyak KLIA yang mahu memberikan saingan lebih hebat buat pelumba lain terpaksa akur apabila tidak berjaya menamatkan perlumbaan di Litar Sepang.
Masih lagi berbaki satu pusingan, Andrea dilihat masih mampu menduduki tangga ke-4 yang bakal berlangsung di Sepanyol pada 8 November hadapan.
Leave a Reply