• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MBM Rai Pengeluaran Kenderaan Komersial Ke 25,000 Unit

MBM Rai Pengeluaran Kenderaan Komersial Ke 25,000 Unit

October 22, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Kilang-Mercedes-Benz-Pekan-Pandulajudotcom-12

DIAM tak diam, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sudah berada di pasaran Malaysia selama 12 tahun.

Mula memasuki pasaran tempatan pada Januari 2003, MBM kini mempunyai kilang pemasangan yang dikendalikan bersama HICOM Automotive Manufacturer Malaysia (HAMM) di Pekan, Pahang.

Kilang di Pekan yang mula beroperasi pada 2004 itu bukan saja mampu memasang pelbagai kenderaan penumpang seperti C200CGI, E300 Bluetec Hybrid dan S400L Hybrid, malahan ia turut menjadi pusat pemasangan bagi kenderaan komersial.

Kilang-Mercedes-Benz-Pekan-Pandulajudotcom-08

Bagi melihat dengan lebih dekat lagi proses pemasangan kenderaan komersial di kilang Pekan, Pandulaju.com bersama rakan media lain dijemput melawat kilang yang sudah menerima pelaburan sebanyak RM250 juta itu.

Lebih spesifik, tujuan lawatan kali ini adalah lebih fokus pada kenderaan komersial di mana mahu meraikan pengeluaran trak Mercedes-Benz yang ke 25,000 unit sejak ia beroperasi di Malaysia.

Kilang-Mercedes-Benz-Pekan-Pandulajudotcom-07

Untuk makluman, kilang berkeluasan 19,000 meter persegi itu bukan saja memasang trak Mercedes-Benz Actros, malah turut melibatkan pelbagai model Mitsubishi FUSO.

Naib Presiden Pengeluaran MBM, Ingbert Grombach, berkata kilang pemasangan kenderaan komersial yang dikenalikan oleh 176 kakitangan itu mampu mengeluarkan sebanyak 4,000 unit setahun.

Tambah Ingbert, semua kerja pemasangan dilakukan dengan teliti dan mengikut piawaian peraturan serta kawal selia.

" Bermula dari proses mengecat, pemasangan dan ujian, semuanya dilakukan teliti dan menepati standard kualiti global," katanya.

Kilang-Mercedes-Benz-Pekan-Pandulajudotcom-10

Sehingga kini, MBM memiliki 57 pengedar termasuk Mitsubishi FUSO dan 79 pusat servis bagi memberikan perkhidmatan selepas jualan lebih baik buat pelanggannya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kilang Pemasangan MBM, MBM, Mercedes-Benz Actros, Mercedes-Benz Malaysia, Mitsubishi FUSO, Pahang, Pekan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my