• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #2018MotoGP: Alex Rins Sambung Kontrak 2 Tahun dengan Suzuki

#2018MotoGP: Alex Rins Sambung Kontrak 2 Tahun dengan Suzuki

May 18, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


ALEX Rins kekal bersama pasukan Suzuki MotoGP untuk dua tahun lagi. Pengumuman terbaharu di Grand Prix Perancis  itu tidaklah mengejutkan kerana pelumba Sepanyol itu sebelum ini dikatakan sudah mengadakan perbincangan terbuka dengan pasukan pengilang Jepun itu.

Walaupun mengalami beberapa kecederaan pada awal debut untuk syarikat yang baru bermula pada 2018, Rins memperoleh podium di Argentina dan nampak semakin menyengat dalam beberapa saingan terbaharu. Menurutnya, keputusan kekal dengan Suzuki adalah perkara yang boleh diterima akal.

"Saya sangat gembira dengan pembaharuan kontrak ini. Walaupun masih dalam Moto2, dan merancang berpindah ke MotoGP, projek Suzuki sentiasa ada masa depan dan paling menarik di mata saya. Debut tahun lalu adalah rumit dengan kecederaan belakang pada ujian Valencia 2016,  kecederaan buku lali ketika latihan, dan akhirnya kecederaan lengan di Austin.

"Selepas hanya dua perlumbaan kami mengharungi masa sangat sukar, tetapi saya selalu rasa afek dan sokongan Suzuki serta seluruh pasukan. Kami mampu mengubah situasi dengan bersabar, kerja keras, dan konsisten, akhirnya tahun ini kami dapat podium pertama, iaitu tempat ketiga di Argentina. Tetapi tidak kira apa keputusannya, sama ada bagus atau teruk, perlu sentiasa positif.

BACA >>> #2018MotoGP: Suzuki Memang Boleh Jadi Juara dan Naik Podium - Marquez

"Projek yang pasukan bangunkan untuk saya adalah hebat, saya yakin sepenuhnya keupayaan syarikat dan pasukan dalam pembangunan dan penambahbaikan, dan saya pasti kami dapat terus mensasarkan keputusan lebih besar. Sekarang, kami hanya perlu terus bekerja keras untuk lihat seberapa jauh kami boleh pergi," kata Rins.

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2018 MotoGP, Alex Rins, Kontrak, MotoGP, roda2, Suzuki Ecstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my