• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Pengaruhi Keputusan Pengguna Malaysia Beli Kereta: Tinjauan Google-Katana TNS

Video Pengaruhi Keputusan Pengguna Malaysia Beli Kereta: Tinjauan Google-Katana TNS

May 17, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGARUH keputusan membeli kereta tidak lagi sama seperti dahulu. Baru-baru ini, Google dan agensi kajian pasaran, Kantar TNS di Malaysia menjalankan survei untuk mengenal pasti cara pengguna negara ini membeli kereta.

Disebabkan sikap pelanggan yang berubah-ubah, Google-Kantar TNS menumpukan kepada empat peringkat utama dalam kajian tersebut iaitu:

  1. Pertimbangan Pembelian - “Saya mahukan sebuah kereta baru.”
  2. Kajian Awal - “Saya mahu mengetahui pilihan-pilihan saya.”
  3. Kajian Lanjut - “Saya mahu mengurangkan pilihan-pilihan saya.”
  4. Detik Jualan - “Saya mahu membeli pilihan muktamad saya.”

Hasil kajian mendapati 34 peratus responden mengatakan mereka mula memikirkan proses membeli tanpa sebarang maklumat mengenai produk yang diinginkan, manakala 96 peratus melakukan kajian awal atas talian (online) sepanjang tempoh dua bulan (secara purata) sebelum membuat keputusan.

BACA >>> #ApaNakBuat: 9 Tip Beli Kereta Sempurna (Ikut Bajet dan Keperluan)

Selain itu, responden mengakui maklumat online (93 peratus) banyak mempengaruhi keputusan membeli kereta yang mana ulasan pengguna mendahului carta carian, disusuli harga terbaik, ulasan profesional, perbandingan harga, kualiti dan tawaran. Sebanyak 1 daripada 4 pengguna akan mengunjungi pusat jualan selepas melakukan carian maklumat online.

CARIAN VIDEO PENGARUHI KEPUTUSAN

Lebih menarik, demografik pengguna automotif Malaysia kini lebih cenderung memilih ulasan kenderaan menerusi video. Hasil kajian itu mendapati 83 peratus responden percaya video mempengaruhi pilihan jenama dan 87 peratus pula yakin video dapat mempengaruhi pilihan model kereta.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)

Hasilnya, 37 peratus pengguna akan mengunjungi pusat jualan selepas menonton video atas talian dan 1 daripada 4 responden akan membeli kenderaan selepas menonton video online.

Carian menerusi enjin carian ataupun video, kedua-duanya penting. Hasil kajian melibatkan responden seluruh Malaysia dengan 60 peratus berumur 18 hingga 35 tahun, manakala selebihnya berusia 35 tahun ke atas.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Google, Google Malaysia, Google-Kantar TNS, kajian, Kantar TNS Malaysia, Roda4, survei, survey

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev