• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Pengeluar Vietnam Hasilkan Helmet Bajet dan Selamat untuk Penunggang Motosikal

Pengeluar Vietnam Hasilkan Helmet Bajet dan Selamat untuk Penunggang Motosikal

May 23, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM usaha membantu mengurangkan kecederaan kepala, pengeluar helmet Vietnam, Protec menghasilkan produk helmet kos rendah dan selama, khas untuk 45 juta penunggang motosikal negara itu, termasuk mendidik generasi akan datang tentang kepentingan memakai helmet.

Namun Protec bukan sekadar melindungi penunggang Vietnam, syarikat itu turut membantu golongan kurang bernasib yang mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Di kilang itu saja ada 100 pekerja barisan pemasangan yang menggunakan kerusi roda, yang mana satu pertiga ialah golongan kurang upaya (OKU) dengan kecacatan sama ada sejak lahir atau disebabkan kemalangan jalan raya.

USAHAMA DENGAN YAYASAN

Pada masa sama Protec turut menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Pencegahan Kecederaan Asia (AIP) yang dilancarkan usahawan Amerika Syarikat, Greig Craft, juga pengasas perniagaan sosial pada 1999.

Caranya, Yayasan AIP membeli helmet funky daripada Protec pada kos bahan, dan kemudian mendermakan produk itu kepada kanak-kanak sekolah sambil mengadakan sesi pembelajaran interaktif. Di pasaran, helmet Protec untuk kanak-kanak dijual pada harga serendah 228,000 đồng (RM40) hingga 398,000 đồng (RM70).

Sejak 2000, lebih 450,000 helmet sudah diserahkan kepada penunggang dan pembonceng. Walaupun Vietnam terkenal dengan reputasi menghasilkan barang tiruan murah, termasuk helmet, tetapi produk kebajikan itu disahkan memenuhi standard keselamatan dan direka mengikut iklim negara tersebut.

BACA >>> HJC Perkenal Helmet CL-17 Hulk dan Punisher II, Harga AS$199.99 (RM788.26)

Protec turut membiayai kempen kesedaran awam AIP di TV, radio dan saluran multimedia lain.

Sejak 2007, semua penunggang dan pembonceng motosikal wajib memakai helmet di jalan raya Vietnam. Pada tahun berikut, dengan bantuan Yayasan AIP menerusi kempen, 'Wear a helmet, there are no excuses' (Pakai helmet, tiada alasan), kematian jalan raya mencatatkan penurunan 12 peratus, manakala kecederaan otak, 24 peratus.

SUMBER: VisorDown

Related

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, helmet, Protec, Vietnam, Yayasan Pencegahan Kecederaan Asia (AIP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my