• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Rieju Strada 125 - Streetbike Bajet dari Sepanyol

Rieju Strada 125 - Streetbike Bajet dari Sepanyol

May 17, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SELAIN pengeluar Asia yang banyak mendominasi pengeluaran produk motosikal bajet, pengeluar Eropah juga tidak ketinggalan. Antaranya ialah pengeluar dua roda dari Sepanyol ini, Rieju yang sudah menghasilkan produk motosikal berkapasiti 50cc dan 125cc sejak puluhan tahun lalu.

Di Britain, jenama itu muncul di bawah pengimport baru, Three Cross Motorcycles. Apapun, terima kasih patut diberikan kepada pengguna Britain yang mula menunjukkan minat kepada motosikal kecil dan kompak.

Terbaharu, Rieju memperkenalkan model baharu, Strada 125, iaitu roadster kecil dengan pelana rendah (750mm) dan berat cuma 130kg. Motor 4-lejang itu memiliki aci imbang untuk tunggangan lancar berserta tangki bersaiz 18 liter, cukup untuk jarak perjalanan beratus-ratus kilometer. Tidak dilupakan juga panel meter LCD digital.

GUNA SISTEM BREK CBS

rieju-strada-125-3
rieju-strada-125-9
rieju-strada-125-2
rieju-strada-125-11

Berbanding ABS, streetbike ini menggunakan sistem brek tergabung (CBS), yakni teknologi yang menggabungkan brek depan dan belakang (seperti brek skuter). Walaupun bukan satu kebiasaan bagi jentera jenis sportbike, tetapi sebenarnya memadai dengan motosikal berenjin kecil.

Strada 125 didatangkan dalam pilihan warna hitam dan putih pada harga £2,699 (RM14,497) bersama waranti dua tahun. Sebarang maklumat lanjut, boleh kunjungi RiejuMotorCycles.co.uk.

RIEJU STRADA 125

  • 125cc 4-lejang dengan aci imbang
  • Suntikan bahan api Delphi
  • Penggunaan bahan api 148mpg/1.6 liter per 100km
  • Saiz tangki 18 liter dengan penutup penerbangan
  • Penaik (riser) bar aloi, hanger peg kaki dan rel pegang pembonceng
  • Fork depan berdiameter 37mm dan absorber belakang dengan reservoir redaman
  • Brek cakera depan 265mm dengan kaliper dwi-piston dan brek cakera belakang 20mm
  • Spidometer digital dengan indikator gear, tolok minyak dan jarum rev analog
  • Indikator LED
  • Visor pengadang angin cermin gelap, pelana bertekstur dan grafik 3D

SPESIFIKASI

  • Jenis Enjin: 124cc, penyejukan udara, 4-lejang dan silinder tunggal
  • Kuasa: 7.2kW/9.65hp @ 9,000rpm
  • Tork: 9.2Nm @ 6,500rpm
  • Kelajuan Maksimum: 99kmj
  • Sistem Minyak: Suntikan bahan api
  • Penghidup: Elektrik
  • Kotak Gear: Manual 5-kelajuan
  • Casis: Tubular
  • Suspensi Depan: Fork telekopik 37mm
  • Suspensi Belakang: Dual absorber dengan pra-beban boleh laras
  • Tayar: 90/90-17" (depan) / 110/80-17" (belakang)
  • Brek: Cakera 265mm (depan) / Cakera 220mm (belakang)
  • Panjang: 2035mm
  • Tinggi: 1070mm
  • Lebar: 785mm
  • Tinggi Pelana: 750mm
  • Berat Kering: 130kg
  • Saiz Tangki: 18 liter

SUMBER: Rieju

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CBS, Eropah, Motosikal Bajet, Rieju, Rieju Strada 125, roda2, Sepanyol, sistem brek tergabung (CBS), sportbike, streetbike, Three Cross Motorcycles

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev