MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) mengumumkan akan menyertai acara off-road Edisi Jubli Perak Borneo Safari yang bakal bermula dari 25 Oktober hingga 1 November 2015.
Trak pikap Triton Adventure yang sudah menerima beberapa modifikasi akan digunakan sepanjang berlangsungnya acara itu. Antaranya modifkasi yang dilakukan adalah penambahan bullbar, bampar belakang lebih kuat, Winch Warn bersama tayar GT radial Komodo.
Ia bakal dikendalikan oleh veteran Borneo Safari, Paul Si dari Sarawak bersama Lionel Yew dari Selangor.
Pada tahun ini, ia dijangka akan lebih menarik apabila menerima jumlah penyertaan yang memberangsangkan dengan konvoi dijangka mencecah lebih daripada 200 buah kenderaan.
Cabaran tetap sama seperti tahun-tahun sebelumnya dan juga akan tertumpu kepada kawasan tinggi Keningau dan Tenom, di mana laluannya dijangka sangat sukar serta mencabar.
Leave a Reply