• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 9 Fakta Pantas | Volkswagen Golf GTI TCR - Model Konsep GTI Paling Berkuasa

9 Fakta Pantas | Volkswagen Golf GTI TCR - Model Konsep GTI Paling Berkuasa

May 16, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Golf GTI TCR baharu didedahkan dalam bentuk model konsep di Worthersee, Austria dengan versi pengeluaran dijadualkan dilancarkan tahun ini. Walaupun masih versi konsep, Golf GTI TCR tidak syak lagi bakal menjadi contoh model pengeluaran GTI paling ekstrem pernah dihasilkan selepas mengambil alih lencana prestasi Clubsport yang ditamatkan akhir tahun ini.

Berikut 9 fakta pantas mengenai Golf GTI TCR:

1. TCR dikuasakan enjin sama yang berkhidmat untuk Golf GTI dan R berkapasiti  2.0L turbo berkuasa 286bhp dan tork 370Nm, iaitu 49hp lebih tinggi daripada GTI standard dengan transmisi dual-klac 7-kelajuan dan diferensial kunci.

2. Ekzos keluli tahan karat dinaik taraf daripada GTI biasa dan terdapat juga opsyen ekzos titanium Akrapovič.

3. Masa pecutan rasmi masih belum didedahkan, tetapi TCR dijangka mampu memecut 0-100kmj sepantas 6 saat. Jika memilih pengehad halaju 250kmj, hot-hatch ini mampu melonjakkan kelajuan maksimum kepada 260kmj.

4. Pengehad halaju ditawarkan sebagai sebahagian daripada pakej prestasi TCR, yang turut menyumbang kepada profil suspensi rendah, 20mm dan tambahan ciri Kawalan Casis Dinamik (DCC) Volkswagen.

5. Peredam adaptif bergabung dengan rim 19-inci, menggantikan rim terdahulu, 18-inci. Di sebalik rim dipasangkan set brek cakera dengan kaliper dan pad dipertingkat. 
vw-golf-gti-tcr-concept-7
vw-golf-gti-tcr-concept-9
vw-golf-gti-tcr-concept-5
vw-golf-gti-tcr-concept-8
6. Gaya rekaan Golf GTI TCR tampil berbeza berbanding model GTI lain. Spliter depan lebih dalam dan skirt sisi melengkapkan difuser belakang yang lebih agresif. Pembeli juga boleh memilih menambah grafik TCR unik, berupa rekaan paten sarang lebah sepanjang sisi badan.
7. Ada 5 warna luaran ditawarkan, iaitu 3 - merah, putih dan kelabu eksklusif 'Pure Grey' dengan kontras bumbung hitam, atau seluruh badan berwarna hitam atau putih mutiara.

8. Ruang kabin mengetengahkan kerusi sport TCR ditrim dengan campuran fabrik dan mikrogentian (microfibre) dalam rekaan hitam dan merah unik, dan roda stereng kulit dengan sulaman benang merah berserta strip merah jam 12.

9. Tiada jumlah pengeluaran rasmi didedahkan, termasuk harga. Bagaimanapun, untuk pasaran Britain, harga Golf GTI TCR dijangka berlegar sekitar £33,000 (RM176,675).

SUMBER: AutoExpress

Related

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: fakta pantas, Golf GTI, hot-hatch, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Golf GTI, Volkswagen Golf GTI TCR, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev