• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda EX5 (2018) Berwajah Baharu - Raja Kapcai Malaysia Kini Kembali

Honda EX5 (2018) Berwajah Baharu - Raja Kapcai Malaysia Kini Kembali

May 14, 2018 By Abang GYL 2 Comments

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAPCAI legenda, Honda EX5 (2018) kini berwajah baharu dengan menampilkan warna baharu, magenta berserta strip retro yang menjadikan moped itu tampak lebih bergaya.

Honda EX5 ialah model paling popular Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia dengan jumlah jualan mencecah lebih 2 juta unit sejak diperkenalkan pada 1987. Motosikal itu juga menjadi model kapcai pertama Honda yang dipadankan teknologi suntikan bahan api (FI). Ini secara tidak langsung meningkatkan kuasa enjin dan memberikan penjimatan bahan api lebih baik.

HARGA BERMULA RM4,859

Harga Honda EX5 (2018)
Honda EX5 (2018)
Harga Honda EX5 (2018)

Aspek penampilan, Honda EX5 (2018) direka supaya kelihatan lebih bergaya menerusi strip retro, lambang direka semula, pemegang belakang krom dan warna baharu. Selain itu, model ini juga hadir dengan penutup ekzos krom yang berfungsi sebagai ciri keselamatan tambahan untuk mengelak haba.

BACA >>> Honda EX5 Fi Edisi Terhad - Kekal Sebagai Motosikal Paling Lama Bertahan di Malaysia

EX5 (2018) didatangkan dalam dua varian pilihan: Rim Jejari dan Rim Tuangan/Sport yang kedua-duanya dipasangkan ciri penghidup elektrik (electric starter). Berikut harga kedua-dua varian tersebut:

  • Honda EX5 (2018) Rim Jejari - RM4,859
  • Honda EX5 (2018) Rim Tuangan/Sport - RM5,099

* Harga atas jalan tanpa GST & insurans

ENJIN KEKAL SAMA

Harga Honda EX5 (2018)
Honda EX5 (2018)
Harga Honda EX5 (2018)
Harga Honda EX5 (2018)

Aspek mekanikal pula, EX5 (2018) masih dipadankan enjin sama, 109.1 cc silinder tunggal dengan penyejukan udara. Dikuasakan unit sistem bahan api PGM-Fi Honda, model ini mampu menjana kuasa 8.35hp (7,500rpm) dan tork 8.4Nm (6,000rpm).

BACA >>> Jika Beginilah Rupa Honda RS150R, Mesti 'Laku Keras'

Maklumat lanjut mengenai EX5 (2018) boleh layari laman Facebook BSH atau membuat panggilan bebas tol 1800-88-3993 (Isnin-Jumaat, 8 pagi - 5 petang, kecuali cuti umum).

GALERI

Harga Honda EX5 (2018)
Honda EX5 (2018)
Honda EX5 (2018)
Honda EX5 (2018)
Harga Honda EX5 (2018)
Harga Honda EX5 (2018)
Harga Honda EX5 (2018)
Harga Honda EX5 (2018)
Honda EX5 (2018)

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2018 honda ex5, Boon Siew Honda, ex5 2018, harga ex5, Harga Honda EX5 2018, Honda, Honda Boon Siew, Honda EX5 (2018), Kapcai, Moped, roda2

Comments

  1. Bosco says

    August 9, 2018 at 8:05 AM

    Sesuai tak utk kja despatch brjalan berhenti jalan berhenti sentiasa spnjang 36km brulang alik.?

    Reply
    • ABG GYL says

      August 9, 2018 at 9:24 AM

      EX5 sememangnya dah terbukti lasak dari dulu lagi. Paling penting, servis kena jaga.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev