• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW R 1200 GS Black Edition - Nikmati Aksesori Touring Enduro yang Serba Gelap

BMW R 1200 GS Black Edition - Nikmati Aksesori Touring Enduro yang Serba Gelap

May 21, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK diragui lagi model enduro touring, BMW R 1200 GS dan R 1200 GS Adventure ialah antara barisan BMW Motorrad paling popular yang banyak membantu peningkatan jualan saban tahun pengeluar motosikal dari Jerman itu.

Bagi memanfaatkan lagi populariti GS, BMW Motorrad menawarkan pilihan aksesori aftermarket kepada peminat model tersebut.

Terkini ialah barisan aksesori BMW Motorrad 'Black Edition' (edisi hitam), terdiri daripada aksesori seperti bagasi aluminium hingga penutup radiator.

Berikut aksesori yang ada untuk BMW R 1200 GS dan R 1200 GS Adventure (2018), yang membolehkan pemilik menyesuaikan motosikal enduro itu dengan cita rasa peribadi.

  • Sistem bagasi aluminium (hitam)
  • Pemegang (hitam) untuk peti atas aluminium
  • Pemegang (hitam) untuk peti aluminium
  • Pelindung enjin aluminium Enduro (hitam)
  • Tuil anjakan gear boleh laras (hitam)
  • Pemegang peti Vario (hitam)
  • Tapak peg kaki belakang (hitam)
  • Peg kaki penunggang boleh laras (hitam)
  • Penutup radiator 'Style' (hitam)

Berikut maklumat terperinci bagi setiap aksesori yang setiap satu boleh dinaik taraf secara berasingan:

SISTEM BAGASI ALUMINIUM (HITAM)


Sistem bagasi aluminium terdiri daripada dua peti sisi (36 liter + 44 liter) dan satu peti atas (32 liter). Ini ialah penyelesaian praktikal untuk menyimpan bagasi dengan selamat. Setiap peti hitam ini ada dua kunci berserta pautan besi bagi memastikan ekstra keselamatan.

Aksesori tambahan lain ialah beg dalaman untuk peti (atas dan sisi), pad penyandar belakang untuk peti atas dan hendal bawa. Sistem kunci tunggal juga ditawarkan.

PEMEGANG (HITAM) UNTUK PETI ATAS ALUMINIUM

Penyambung (bridge) kukuh dalam rekaan hitam menarik ini dihadilkan untuk memastikan keselamatan bagasi. Ia dibuat untuk kelasakan daripada besi tahan karat dengan salutan serbuk (powder coating) hitam dan sesuai untuk digunakan bersama sistem bagasi lembut Acatama.

PEMEGANG (HITAM) UNTUK PETI ALUMINIUM

Pemegang peti ini diperbuat daripada keluli tahan karat, salutan serbuk dan cukup kuat untuk memegang beg sisi Atacama walaupun dalam kondisi tunggangan off-road. Ia juga sesuai untuk kegunaan peti aluminium.

PELINDUNG ENJIN ALUMINIUM ENDURO (HITAM)


Pelindung enjin enduro aluminium tegap itu dihasilkan daripada kepingan aluminium berketebalan 2mm dan direka khas untuk kegunaan atas permukaan rupa bumi off-road. Ia lebih panjang dan lebar berbanding pelindung enjin standard yang mampu memberikan perlindungan daripada impak batu dan tanah, termasuk melindungi seksyen bawah enjin daripada kerosakan.

Selain diberikan kemasan hitam anod, pemegang diperbuat daripada keluli tahan karat yang lasak.

TUIL ANJAKAN GEAR BOLEH LARAS (HITAM)

Tuil anjakan gear dihasilkan daripada aluminium anod dan direka khas untuk posisi tunggangan sambil berdiri. Bagi tujuan itu, tuil ini dipadankan unit tendang (kick unit) boleh laras. Dengan jarak berbeza antara unit tendang dan peg kaki, sangat wajar melakukan pelarasan untuk saiz kasut selain menambah baik kawalan ketika menunggang dalam posisi berdiri.

PEMEGANG PETI VARIO (HITAM)

Pemegang peti ini digunakan untuk memasang peti Vario dan peg kaki pembonceng pada motosikal. Ia turut mendapat kemasan permukaan hitam anod, sepadan dengan tema motosikal.

TAPAK PEG KAKI BELAKANG (HITAM)

Bentuk dan dimensi tapak peg kaki ini sepadan dengan model siri sama yang membolehkan peg kaki pembonceng dipasangkan pada motosikal, dan turut disepadukan dengan gad tumit dalam kemasan hitam anod.

PEG KAKI PENUNGGANG BOLEH LARAS (HITAM)

Komponen ini mempunyai pegas, bertemakan hitam dan turut menawarkan keselesaan maksimum ketika penunggang duduk. Ketika menunggang pada posisi berdiri, terutamanya pada bentuk muka bumi off-road, pemijak kaki ini akan termampat dan menampilkan kontur kasar bagi memberikan lebih cengkaman pada kasut di samping memberi peningkatan lebih baik pada kawalan jentera. Tambahan lagi, skru tetapan yang terdapat pada komponen ini turut membenarkan pelarasan ketinggian kepada 3 tahap. Komponen berkualiti tinggi ini juga menampilkan ciri-ciri pelindung plastik yang boleh diganti.

PENUTUP RADIATOR 'STYLE' HITAM


Penutup radiator dihasilkan daripada keluli tahan karat yang disalut serbuk hitam. Ia dipasang pada trim dan direka dengan menonjolkan ciri tangkas dan maskulin. Penutup radiator 'Style' ini berwarna hitam dan sesuai dengan alat ganti model 'Style' seperti Rallye dan Exclusive. Jadi, alat ganti itu hanya sesuai dipadankan dengan model tertentu.

GALERI

SUMBER: UltimateMotorcycling

Related

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW Motorrad, BMW R 1200 GS Edition Black, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev