AKHIRNYA teka-teki tentang maklumat akhir kenderaan pelbagai guna (MPV), Suzuki Ertiga (2018) serba baharu terjawab apabila harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding pesaing terdekat, Mitsubishi Xpander.
Ertiga (2018) serba baharu tampil dalam tiga varian:
- GA (standard): MT - Rp193 juta (RM54,339)
- GL pertengahan): MT - Rp211.5 juta (RM59,505); AT - Rp222 juta (RM62,459)
- GX (premium): MT - Rp223 juta (RM62,738); AT - Rp233.5 juta (RM65,692)
- GX ESP (premium): MT - Rp228 juta (RM64,174); AT - Rp238.5 juta (RM67,102)
Varian Ertiga GA dijual dalam versi transmisi manual sahaja. Bagaimanapun harga itu tetap lebih murah berbanding Mitsubishi Xpander GLX dan setara Honda Mobilio S.
Begitu juga varian pertengahan, Ertiga GL, juga masih lebih murah berbanding Mitsubishi Xpander Exceed dan Honda Mobilio E.
Bagi varian premium, Ertiga GX, harga ditawarkan ialah setara varian Mitsubishi Xpander Exceed. Namun, jika mengambil kira barisan model dilancarkan, Suzuki Ertiga (2018) serba baharu menawarkan harga yang lebih menarik untuk varian premium, GX ESP.
Berbanding Mitsubishi Xpander dengan ciri sama seperti GX ESP, MPV pesaing itu berharga Rp245 juta (RM68,895), manakala Honda Mobilio Rp247 juta (RM69,457), dan jelas sekali harga diletakkan itu memainkan peranan penting dalam menjadikan Ertiga (2018) serba baharu cukup kompetitif.
ENJIN BAHARU
Malah, Ertiga (2018) serba baharu mendapatkan trenkuasa baharu dengan kod enjin K15B dalam asas sama K14B. Prestasi dihasilkan cukup signifikan, iaitu kuasa 102hp (6,000rpm) dan tork 138Nm (4,400rpm).
Enjin dengan teknologi Suntikan Multi Poin (MPI) itu turut mematuhi standard Euro 4 dari segi emisi. Tahap penjimatan bahan api pula mencatatkan 16.73km per liter (AT) dan 18.06km per liter (MT). Penampilan juga berubah, walaupun secara umum mirip Toyota Innova yang digabungkan dengan Mitsubishi Xpander.
Apapun, masih tiada khabar berita sama ada dua model itu akan menjengah pasaran Malaysia.
SUMBER: AutoNetMagz
Man says
Proton rebadge ertiga sampah rupanya. Indonesia dah dpt yg jauh lebih moden.
What?? says
Rebadge itu sebelum generasi baru launch lah bro. Spec Malaysia lebih kurang sama dgn Indonesia bagi generasi lama Ertiga.
Man says
Rebadge benda nak dibuang org..
Khairun says
Bila nak bawa masuk Ertiga sport terkini ?
zam says
sepatutya model ini yg di bawa masuk ke malaysia, value for money.
Razmi Saren says
Bill ertiga sport nak maduk Malaysia