• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusingan ke-15 GP Sepanyol Bakal Lengkapkan Aksi Rossi Keliling Dunia

Pusingan ke-15 GP Sepanyol Bakal Lengkapkan Aksi Rossi Keliling Dunia

May 5, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


JIKA kekanda Valentino Rossi merasakan beliau masih belum cukup mengecap kejuaraan grand prix, tetapi The Doctor kini dalam trek untuk merekodkan satu lagi pencapaian cemerlang.

Jika Rossi menyudahkan 15 pusingan GP Sepanyol hujung minggu ini di Circuito de Jerez Àngel Nieto, beliau akan melengkapkan 40,075km yang menyamai satu pusingan planet Bumi. Wow!

Dengan mengambil kira pencapaian atas perlumbaan sebenar dan tidak termasuk aksi latihan atau kelayakan, apa dicapai kekanda Rossi itu nyata mengagumkan dan mampu menitiskan air mata sesiapa sahaja pencinta sukan permotoran sebenar.

Selain membuktikan betapa lama berentap atas trek, fakta itu turut membuktikan beliau masih kompetitif (dan sudah tentu relevan). Walaupun tidak lagi dominan seperti awal usia muda remaja dahulu, tetapi jika dalam kondisi betul dan tepat, beliau sentiasa berpeluang untuk menang.

Apa lagi mahu dikatakan, pelumba biasa mungkin sudah menggantungkan sut selepas menyaksikan kemunculan pelumba era baharu seperti adinda Marc Marquez dan bintang-bintang baharu lain. Tetapi kekanda Rossi tetap istiqamah dalam memilih untuk terus berentap dan melawan kudratnya. What a man!

Nearly there @ValeYellow46... 🏁#VR46Countdown pic.twitter.com/keO7EapWM1

— MotoGP™🇪🇸🏁 (@MotoGP) 27 April 2018

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Circuito de Jerez Àngel Nieto, GP Sepanyol, Marc Marquez, MotoGP, The Doctor, Valentino Rossi, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev