ASEAN NCAP kini sedang menyiasat salah satu pengeluar kenderaan tempatan ekoran aduan daripada pengguna berhubung ketiadaan ciri keselamatan Top Tether.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Setiausaha Agungnya, Khairil Anwar Abu Kassim memaklumkan komponen Top Tether pada model terlibat dikeluarkan di mana ia akan memberi kesan sampingan berbahaya kepada Perlindungan Kanak-kanak (COP).
Tambah Khairil, sebarang perubahan seperti dalam spesifikasi adalah tidak dibenarkan terutamanya melibatkan aspek keselamatan.
" Secara tidak langsung, ia juga akan menjejaskan penilaian terhadap ujian dijalankan dan kami tidak akan berkrompomi untuk menggantungkan status penarafan sekiranya ia benar seperti didakwa," katanya lagi.
Walau bagaimana, ASEAN NCAP tidak mendedahkan pengeluar kenderaan yang terlibat dan surat tunjuk sebab sudah dihantar.
Leave a Reply