BUTCHER Garage memang pakar dalam bidang skuter kustom ekstrem. Idea yang lahir dari bengkel di Saint Petersburg, Rusia itu boleh dijadikan rujukan kepada pencinta Vespa di luar sana, termasuk Malaysia juga kalau ada yang berminat.
Baru-baru ini, bengkel kustom itu, yang dijalankan tiga sekawan: Alex, Mitya dan Miha, memperkenalkan Escape iaitu Vespa PX 150 kustom bertema pseudo-scrambler. Motor tersebut ialah hasil kerjasama antara Butcher Garage dan SIP Scootershop, iaitu bengkel dan pembekal aksesori aftermarket skuter dari Jerman.
Tema pseudo-scrambler dipilih kerana trend motosikal masa kini lebih kepada jentera dual-purpose selain memenuhi keinginan pengguna yang mahukan skuter versi dua alam. Sebagi contoh, hampir setiap pengeluar motosikal di Pameran Motosikal Milan (EICMA) tampil mempamerkan scrambler.
KARAKTER 'DESERT SLED'
Escape menampilkan karakter Desert Sled 1960-an dan 70-an, yakni scrambler gaya off-road seperti dalam filem Steve McQueen (1963). Operasi ubah suai dimulakan dengan memindahkan tangki minyak Husqvarna 1970-an pada bahagian casis Vespa sebelum memasang pelana dengan rekaan menyerupai motosikal BSA klasik.
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Scrambler yang Perlu Anda Tahu
Perubahan absorber mempengaruhi panjang lejang dan berat Vespa serta mengisi ruang bawah tangki yang menyumbang kepada lebar roda belakang 130/90-10. Skuter itu kemudian dilengkapi tetapan brek hidraulik penuh termasuk kaliper aluminium dengan piston besar, cakera Galfer dan hos keluli sirat Spiegler.
Fungsi gear tangan jenis putar ‘twist shift’ digantikan kawalan kaki menerusi kotak sekuensial yang dibangunkan sendiri Butcher. Ini menghasilkan kokpit motosikal tradisional, manakala hendal Fat Bar dilengkapkan terotel Domino, tuil klac boleh lipat, dan silinder master brek SIP. Suis pemati enjin dipasangkan pada clamp depan.
BACA >>> #TahukahAnda: Street Tracker, Dari Trek Kotor ke Jalan Raya
Di tengah hendal tersedia takometer SIP bulat yang lengkap dengan paparan digital untuk kelajuan dan suhu. Menariknya, Butcher turut merekabentuk papan nombor jenama SIP yang ditebuk lubang dan tersembunyi lampu LED di sebaliknya. Lampu belakang juga daripada SIP tetapi dengan sedikit sentuhan modifikasi.
UBAH SUAI TOTAL
SIP turut membekalkan sistem penyejukan air Parmakit dengan radiator yang tersorok di sebalik badan skuter bersama pam Malossi. Bukan itu saja, pengubahsuaian juga melibatkan pemilihan kotak engkol Pinasco dan silinder Parmakit 177cc, termasuk aci engkol, blok injap buluh (reed valve), sistem pencucuhan, klac dan aci pacu.
Hasilnya, Vespa itu kini dijana karburetor Keihin yang dipadukan penapis lumba Ramair, dan segalan tenaga dilepaskan keluar menerusi ekzos lumba SIP. Tiub ekzos 'keriting' menawarkan dua fungsi, iaitu meningkatkan tinggi tunggangan, dan menghasilkan keseimbangan visual antara sisi kanan dan kiri motosikal.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Cafè Racer, Brat, Tracker dan Scrambler?
Akhir sekali, Butcher Garage menggabungkan warna korporat SIP (hitam, merah dan putih)) dengan bantuan rekaan garapan Anton Gorbunov, manakala Ksenia Deryagina menyempurnakan bahagian mengecat.
GALERI
SUMBER: BikeExif
Leave a Reply