• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Myvi Baharu (2018) Terima 70k Tempahan, Varian 1.5L Paling Laris!

Perodua Myvi Baharu (2018) Terima 70k Tempahan, Varian 1.5L Paling Laris!

May 3, 2018 By Abang GYL 1 Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

harga perodua myvi baruTERUS mencanak naik! Ya, jualan Perodua Myvi baharu (2018) terus mencatatkan peningkatan apabila menerima 70,000 tempahan sehingga April ini. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 38,000 unit sudah diserahkan kepada pemilik.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Perodua sedang berusaha meningkatkan kecekapan operasinya bagi memastikan penghantaran dapat dilakukan dalam masa terdekat.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin menyatakan varian Myvi 1.5L adalah paling ramai ditempah dan tempoh menunggu adalah di bawah tiga bulan. Manakala varian 1.3L pula dapat dihantar dengan segera.

Tambah Zahari, pihaknya juga berbangga apabila sudah menjual sebanyak 55,568 kenderaan bagi tempoh suku pertama tahun ini. Angka itu turt menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

" Perodua Myvi terus menguasai dengan merekodkan penjualan sebanyak 25,473 unit dan diikuti dengan Axia (14,962), Bezza (10,101) dan Alza (6,023)," katanya lagi.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi...

pandu uji perodua myvi (2018) baharuKEMPEN PERODUA PILIHANKU

Dalam pada itu, Kempen Perodua Pilihanku kini sedang dijalankan (5 -6 Mei) di kesemua bilik pameran dan pusat servis Perodua di seluruh negara.

Pemeriksaan kenderaan percuma dan penebusan tunai sehingga RM1,800 untuk model dan varian terpilih menanti pengunjung. Orang ramai juga berpeluang melihat Perodua Bezza terbaharu iaitu GXtra yang baru dilancarkan minggu lalu.

BACA >>> 10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Perodua Myvi (2018) Baharu

Kempen Perodua Pilihanku

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga perodua myvi baru, Kempen Perodua Pilihanku, myvi 1.5 baru, perodua myvi baharu, perodua myvi baru 2018, tempahan perodua myvi baru

Comments

  1. Man says

    May 3, 2018 at 10:14 PM

    Tahniah! Perodua keluarkan kereta ikut kehedak pasaran malaysia. Proton keluarkan kereta ikut syiok sendiri..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev