• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Model Konsep Suzuki Recursion Turbo Versi Pengeluaran Muncul Tahun Depan?

Model Konsep Suzuki Recursion Turbo Versi Pengeluaran Muncul Tahun Depan?

May 4, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


KADANGKALA motosikal konsep boleh jadi satu sumpahan dan bukan manfaat. Tidakkah Suzuki terfikir peminatnya kini masih ternantikan versi pengeluaran untuk model Recursion dengan enjin pengecasturbo kembar selari (parallel-twin)?

Pertama kali ditayangkan hampir lima tahun lalu di Pameran Motor Tokyo 2013, tidak banyak keraguan tentang model konsep Recursion itu yang dijangka menjadi model pengeluaran. Namun, tiada siapa menyangka ia mengambil masa selama ini.

BACA >>> Inilah Jawapan Kenapa Tiada Lagi Motosikal Turbo?

Enjin versi pengeluaran untuk motosikal itu kemudian ditayangkan pula pada Pameran Motor Tokyo 2015, dan harapan semakin memuncak bahawa model itu akan muncul pada 2017 selepas mengambil kira tempoh penganjuran acara pameran motor di Jepun itu yang diadakan setiap dua tahun sekali. Tetapi tiada.

Suzuki-Recursion-Turbo-concept-2
Suzuki-Recursion-Turbo-concept
Suzuki-Recursion-Turbo-concept-4
Suzuki-Recursion-Turbo-concept-3

Jadi sekali lagi kita perlu menunggu dengan petanda terkini menunjukkan motosikal pengecas turbo itu dijangka berada di pasaran menjelang 2019.  Tetapi sekurang-kurangnya jentera itu masih akan tiba dan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Suzuki masih bekerja keras merealisasikannya.

Ini dibuktikan menerusi permohonan paten yang difailkan pada 15 Disember tahun lalu, dan diterbitkan 19 April lalu. Permohonan itu langsung tidak menunjukkan apa yang kita lihat sebelum ini. Sebaliknya, mengandungi lukisan terperinci, sama seperti didedahkan paten terdahulu, dengan teks dengan perincian mekanikal membosankan.

BACA >>> Logo dan Nama Dipatenkan, Suzuki Katana Muncul Kembali?

Walaupun penerbitan tertentu tersalah lapor dengan membuat kesimpulan paten baru itu sebagai bukti mekanikal yang  motosikal Suzuki itu nanti ialah model supercas dan bukan pengecas turbo, sebenarnya dakwaan itu salah.

 TURBO PACUAN-EKZOS

paten-suzuki-twin-turbo-1
paten-suzuki-twin-turbo-2

Lakaran teknikal itu secara jelas menunjukkan turbo pacuan-ekzos, manakala teks merujuk kepada supercas (yang menyebabkan salah faham) kerana jurutera kerap merujuk mana-mana peranti boost tekanan ambilan sebagai supercas, tanpa mengira itu ialah turbo pacuan-ekzos (sering  dipanggil turbo-supercas) atau sesuatu yang digerakkan secara mekanikal dengan putaran enjin.

Apapun, paten itu masih tidak memberitahu apa-apa yang baharu, tetapi tetap berita baik untuk mengingatkan kita mengenai model Suzuki baharu itu memang sedang dalam pembikinan. Pastinya apabila diperkenalkan kelak, model tersebut akan menjadi jentera paling menarik perhatian umum.

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, enjin, Enjin Turbo Kembar, model konsep, motosikal, paten, roda2, Suzuki, Suzuki Recursion, Suzuki Recursion Turbo, Turbo Pacuan-Ekzos

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev