"BUKAN saja Volvo dan Geely, saya juga mahu rekaan kereta Proton memiliki elemen budaya tempatan.
"Elemen budaya tempatan memang perlu diambil kira dan diterapkan dalam penghasilan sesuatu rekabentuk kenderaan. Saya lebih suka elemen budaya sedia ada dikekalkan.
"Untuk Proton, kami akan berikan pereka Proton menghasilkan rekaan sendiri dan pada masa sama turut bantu berkongsi kepakaran rekaan dan teknologi dalam penghasilan kenderaan nasional itu".
Begitulah sedikit sebanyak kata-kata diucapkan Naib Presiden Rekabentuk Geely, Peter Horbury ketika ditemui dalam satu temu bual khas bersama media Malaysia sempena Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018, baru-baru ini.
BACA >>> Proton Perdana Kereta Paling Bergaya Di Malaysia
MAHU REKAAN PROTON KEKAL UNIK DENGAN ELEMEN TEMPATAN
Horbury sebelum ini pernah mengetuai pasukan rekabentuk Ford dan Volvo sebelum bertugas di Geely Group. Selain mementingkan elemen budaya tempatan, beliau berkata, rekabentuk sesebuah kenderaan juga perlu mengikuti perkembangan semasa dan trend terkini.
Katanya, rekabentuk Geely misalnya mempunyai elemen budaya China dan pada masa sama ada faktor global yang boleh diterima pakai pasaran negara lain.
"Perubahan besar dilakukan Geely bukan saja melibatkan rekaan, tetapi kualiti dan alat ganti, termasuk ruang enjin yang sangat dititikberatkan.
"Begitu juga Volvo yang memiliki elemen Scandinavia. Tengok saja rupa luaran, semua orang sudah tahu itu kereta Volvo dari Sweden.
"Jadi, saya mahu rekabentuk Proton kekal unik dan lain daripada Geely. Saya mahu pastikan Proton terus dikenali sebagai kenderaan nasional yang dipenuhi elemen Malaysia," katanya lagi.
lol says
harap2 encik peter redesign balik belakang iriz dan persona. iriz nampak macam helmet darth vader persona pula nampak macam belalang.. depan dah cantik dah