PERKHIDMATAN perkongsian kereta berasaskan aplikasi mobil, Socar meluaskan rangkaian flit dengan menawarkan 50 unit Volkswagen Polo 1.6. Model hatchback dengan logo Socar itu kini siap sedia berkhidmat kepada pelanggan sekitar Lembah Klang, sekali gus melengkapkan barisan flit sedia ada seperti MINI, Perodua Axia, Honda HR-V dan Honda City.
Sebagai permulaan, 21 unit Polo 1.6 MPI hatchback berkuasa 103hp dan tork 153Nm sudah diserahkan kepada Socar, manakala flit selebihnya dijadualkan tiba pertengahan Mei ini.
Socar baru tiga bulan dilancarkan di Kuala Lumpur dan aplikasi perkongsian kereta itu boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play Store. Sebagai permulaan, Mei ini, model subkompak itu ditawarkan pada harga bermula RM13.90 sejam (tanpa GST), termasuk petrol dan insuran komprehensif.
Berminat?
Leave a Reply