• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Avanza Facelift Lebih Ranggi (2015)

Toyota Avanza Facelift Lebih Ranggi (2015)

October 13, 2015 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

Toyota Avanza Facelift-Pandulajudotcom-07AGAK lama berdiam diri, Toyota Avanza kini kembali dengan menerima perubahan yang meliputi rekaan, kemasan enjin dan enjin.

Bukan saja menerima perubahan signifikan pada rekaan, ia juga ditawarkan dalam dua warna baharu iaitu Black Metallic (hitam) dan Dark Red Mica Metallic (merah).

Toyota Avanza Facelift-Pandulajudotcom-01Sama seperti versi terdahulu, model MPV itu ditawarkan dalam empat varian berbeza.

HARGA: (Termasuk insurans dan GST)

  • Toyota Avanza 1.5S Automatik – RM80,810
  • Toyota Avanza 1.5G Automatik – RM78,477
  • Toyota Avanza 1.5E Automatik - RM75,787
  • Toyota Avanza 1.3E Manual – RM69,072

4 PILIHAN WARNA

  1. Putih
  2. Perak
  3. Hitam
  4. Merah

Toyota Avanza Facelift-Pandulajudotcom-06PRESTASI:

Dari aspek prestasi, Avanza facelift ini menerima perubahan enjin. Ia dijana enjin baharu Dual VVT-i (Variable Valve Timing with Intelligence)

Penggunaan enjin baharu ini bukan saja menawarkan emisi lebih bersih, malahan bahan api turut menjimatkan. Dengan adanya indikator Eco Drive, ia mampu menjimatkan bahan api sebanyak lima sehingga 15 peratus (bergantung kepada keadaan jalan raya dan corak pemanduan)

Bagi enjin 1.5L, kuasa meningkat kepada 105hp dan tork 136Nm pada 4,200rpm. Manakala bagi enjin 1.3L pula menerima peningkatan iaitu sebanyak 95hp dengan penambahan tork 121Nm.

Toyota Avanza Facelift-Pandulajudotcom-02LUARAN:

Rekaan luaran Avanza facelift menawarkan penampilan elegan dan dinamik. Berikut adalah beberapa penambahbaikan yang ada pada Avanza facelift ini.

  • Kehadiran gril dan bampar lebih menarik (Varian 1.5S)
  • Rim baharu (kecuali 1.3E)
  • Lampu kabus (Varian 1.5S dan 1.5G)

DALAMAN:

Bukan saja luaran menerima perubahan, ruang kabin turut ditambah baik.

  • Ambien lebih menarik
  • Paparan multi informasi (1.5S dan 1.5G)
  • Dalaman menggunakan tema warna hitam dengan kemasan perak

Toyota Avanza Facelift-Pandulajudotcom-05

Toyota Avanza Facelift-Pandulajudotcom-04    Toyota Avanza Facelift-Pandulajudotcom-03

Dari aspek hiburan, kesemua varian didatangkan dengan sistem 2-DIN dengan pemain cd dan ketersambungan USB dan AUX. Sambungan Bluetooth hanya ditawarkan pada varian 1.5L.

Dalam pada itu, UMW Toyota Motor juga menawarkan pakej aerokit yang merangkumi spoiler bampar hadapan dengan lampu nyalaan siang, spoiler belakang dsan skirting sisi. Sudah pasti anda perlulah tambah sedikit perbelanjaan.

Sama seperti barisan model Toyota lain, Avanza facelift didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km perbatuan (mana-mana tiba dahulu).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kereta, Pandu uji, Toyota, Toyota Avanza 2015, Toyota Avanza Facelift, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev