• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Naza Kia Lantik MBf Automobile, Wakil Jualan Baharu Bakal Perkenal Konsep Korporat

Naza Kia Lantik MBf Automobile, Wakil Jualan Baharu Bakal Perkenal Konsep Korporat

May 1, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAZA Kia Malaysia (Naza Kia)
selaku pengedar rasmi jenama kenderaan Kia di Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama MBf Automobile Sdn Bhd sebagai wakil pengedar Kia baharu di Malaysia. Perlantikan pusat pengedar baharu itu mewakili komitmen Naza Kia dalam memperluaskan jangkauan dan kecemerlangan jenama itu di negara ini.

MBf Automobile bakal membangunkan pusat pameran Kia pertama menggunakan identiti konsep korporat, Kia City Concept Store Experiential. Pusat jualan 3S itu akan dibangunkan di Menara MBf dengan pelaburan sebanyak RM5 juta.

Bangunan tersebut bakal menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan sekitar kawasan berhampiran Jalan Sultan Ismail menjelang pertengahan 2019. Selain itu, MBf Automobile juga akan mengambil alih pusat jualan Kia sedia ada di Jalan Maarof, Bangsar dan mengubah kepada konsep korporat dengan pelaburan menelan belanja RM1.5 juta.

Perjanjian MoU tersebut diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Naza Corporation Holdings Kumpulan Automotif, Datuk Samson Anand George, manakala MBf Automobile diwakili Pengurus Besar,  Daniel Choo.

“Tahun ini kami merancang menggiatkan pelaburan bagi mengembangkan rangkaian Kia dengan lima cawangan baru seluruh negara dan memastikan pelanggan meraih pengalaman pemilikan selepas jualan yang luar biasa," kata Samson.

Naza Kia kini memiliki 51 pusat jualan dan servis seluruh negara dan kini merancang membuka wakil jualan baharu tahun ini.

Related

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Daniel Choo, Datuk Samson Anand George, Kia, Kia City Concept Store Experiential, MBf Automobile Sdn Bhd, Mou, Naza Kia Malaysia, pusat 3s kia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev