• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah 6 Sebab Kenapa Anda Perlu ke Malaysia Autoshow 2018!

Inilah 6 Sebab Kenapa Anda Perlu ke Malaysia Autoshow 2018!

April 26, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

458
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMULA sekarang hingga 29 April (Ahad) ini, pastikan anda tidak ketinggalan datang ke Pameran Auto Malaysia (Malaysia Autoshow) 2018 yang menjanjikan pelbagai keseronokan kepada pengunjung yang hadir.

Malaysia Autoshow 2018 berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Serdang menawarkan diskaun hebat buat mereka membuat pembelian kenderaan sepanjang tempoh karnival berlangsung. Jika masih belum ke sana, berikut kami senaraikan 6 sebab kenapa anda perlu ke pameran automotif tersebut:

1. LEBIH 100 MODEL DIPAMERKAN

Sepanjang berlangsung empat hari acara Malaysia Autoshow 2018, lebih daripada 100 model termasuk motosikal akan dipamerkan. Antara model baharu bakal ditampilkan ialah Perodua Bezza GXtra, Volkswagen Golf R, Honda Monkey, X-ADV, Africa Twin, Haval H9 dan banyak lagi.

Bukan itu saja, debut jenama legenda Jerman, Borgward, yang dibawakan khas GO Exim Sdn Bhd turut ditampilkan semasa Malaysia Autoshow 2018.

2. HARGA TIKET HANYA RM10

Dengan bayaran RM10, anda dihidangkan pelbagai aktiviti menarik. Tiket boleh dibeli terus di Malaysia Autoshow 2018. Tiket kanak-kanak di bawah 12 tahun ialah percuma. Jika mahukan 4 tiket percuma, boleh sertai peraduan yang kami sedang jalankan.

Malaysia Autoshow 20183. MENANG KIA PICANTO

Dengan pembelian tiket RM10, secara automatik anda menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah utama berupa Kia Picanto baharu. Pakej pelancongan percuma (tiket penerbangan dan hotel) turut diberikan kepada 8 pengunjung bertuah yang menempah kereta sepanjang hari pameran (tertakluk syarat).

4. BOLEH PANDU UJI

Paling penting, anda tidak lagi perlu ke bilik pameran untuk pandu uji satu persatu kereta pilihan anda. Sempena Malaysia Autoshow 2019, anda boleh memandu uji semua model yang mengambil bahagian. Hanya perlu daftar ke kaunter pendaftaran pandu uji.

Jika sudah berkenan, Maybank ada menyediakan pakej pinjaman menarik bagi kereta yang dibeli sepanjang Malaysia Autoshow 2018.

BACA >>> 6 Fakta Pantas | Perodua Bezza GXtra Lancar di MAEPS, Harga Bermula RM35,500!

5. SET SETEM PERIBADI

Ini juga menarik. Pengunjung berpeluang memiliki set setem peribadi yang dikeluarkan POS Malaysia. Caranya mudah, hanya perlu bergambar dengan kereta kegemaran menggunakan telefon pintar dan bayar RM20 untuk mendapatkan koleksi setem peribadi yang dicetak serta merta.

6. BANYAK AKTIVITI MENARIK

Dengan bayaran tiket RM10, kami yakin pasti berbaloi kerana banyak aktiviti lain turut disediakan seperti:

  • Demostrasi sistem Brek Kecemasan Autonomi (Autonomous Emergency Braking - AEB) menggunakan kereta Perodua.
  • Pemeriksaan percuma semua kenderaan.
  • Perlumbaan go-kart, dan pengalaman pemanduan kenderaan pacuan empat roda atau 4x4 Toyota.
  • Demonstrasi Amaran Lencong (LDW) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan teknologi Honda Sensing
  • Trak makanan (food truck)

Ingat, pastikan ke Malaysia Autoshow 2018 sekarang! Untung-untung boleh bawa pulang pelbagai hadiah menarik.

GALERI

Malaysia Autoshow 2017_PanduLaju (10)
Malaysia Autoshow 2017
Malaysia Autoshow 2018
6 Sebab Kenapa Perlu Datang Malaysia Autoshow 2018_PanduLaju (3)
6 Sebab Kenapa Perlu Datang Malaysia Autoshow 2018_PanduLaju (4)
6 Sebab Kenapa Perlu Datang Malaysia Autoshow 2018_PanduLaju (1)
6 Sebab Kenapa Perlu Datang Malaysia Autoshow 2018_PanduLaju (5)
6 Sebab Kenapa Perlu Datang Malaysia Autoshow 2018_PanduLaju (7)
6 Sebab Kenapa Perlu Datang Malaysia Autoshow 2018_PanduLaju (2)
Malaysia Autoshow 2018
Malaysia Autoshow 2017
Malaysia Autoshow 2018

Related

458
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: grab Malaysia Autoshow 2018, hadiah Malaysia Autoshow 2018, Kia Picanto, MAEPS, Malaysia Autoshow 2018, Pos Malaysia, Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev