• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 6 Fakta Pantas | Perodua Bezza GXtra Lancar di MAEPS, Harga Bermula RM35,500!

6 Fakta Pantas | Perodua Bezza GXtra Lancar di MAEPS, Harga Bermula RM35,500!

April 26, 2018 By Han Othman 1 Comment

623
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA memperkenalkan varian baharu Bezza GXtra sempena Pameran Auto Malaysia (Malaysia Autoshow) 2018 yang berlangsung di Hall A, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 26 (hari ini) hingga 29 April ini.

Varian baharu itu yang dirasmikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin, akan menggantikan 1.0 Standard G dalam barisan Bezza sedia ada.

Apakan yang berbeza tentang varian baharu Bezza GXtra ini?

1. Menggunakan enjin 1.0L 1KR-VE dengan VVT-i, sama seperti varian terdahulu dalam opsyen transmisi manual 5- kelajuan atau automatik 4-kelajuan E-AT (kawalan elektronik).

2. Ditawarkan pada harga pengenalan RM35,500 (manual) dan RM37,500 (automatik), atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia bersama waranti lima tahun atau 150,000km (mana satu tiba dahulu).

3. Luaran menampilkan skirt sisi dan hendal pintu krom, serta boleh didapati dalam warna biru Ocean Blue yang sebelum ini hanya ditawarkan untuk varian 1.3L.

4. Dalaman berlaku penambahan trim pada ruang kabin untuk lebih fiil premium. Papan pemuka dan panel audio dalam trim hitam Piano Black, manakala ventilator penyaman udara, sayap stereng dan tapak gear dalam trim warna cerah. Sistem audio kali ini dilengkapi fungsi Bluetooth.

5. Menawarkan lebih penjimatan bahan api berbanding sebelumnya, iaitu 22.8km per liter (manual) dan 21.3km per liter (automatik). Ini seiring dengan status sedan itu sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Bezza GXtra

6. Kini dibuka untuk tempahan. Jika mahu lihat lebih dekat, sila kunjungi bilik pameran berdekatan pada 5 dan 6 Mei ini, bersempena Hari Pelanggan Perodua! Jom!

Related

623
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: MAEPS, Malaysia Autoshow 2018, Pameran Auto Malaysia 2018, Perodua, Perodua Bezza, Perodua Bezza GXtra, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev