• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #AutoChina2018: 10 Fakta Pantas | Geely Concept Icon Mahu Cetus Trend Automotif Baharu

#AutoChina2018: 10 Fakta Pantas | Geely Concept Icon Mahu Cetus Trend Automotif Baharu

April 27, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


GEELY Auto Group
melancarkan debut global Concept Icon sempena Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018. Model konsep futuristik itu dilihat sebagai cubaan pengeluar automotif dari Negara Tembok Besar itu untuk meneroka DNA pembuatan produk unik kepada pelanggan masa depan.

Ada beberapa perkara menarik yang boleh diulas mengenai Icon Concept ini:

1. Menggunakan bahasa rekabentuk ringkas, dan perincian yang menumpukan kepada dua kunci utama:

  • Teknologi Tinggi
  • Cetusan Ilham

2. Rekabentuk Concept Icon dibangunkan di Studio Rekabentuk Geely di Shanghai, China dengan diterajui Ketua Rekabentuk kelahiran Britain yang menimba pengalaman di Sweden, Guy Burgoyne.

3. Geely menghasilkan kontur tiang bersegi hasil ilham 8-bit daripada arkitektur komputer, berbeza daripada imej rekabentuk crossover tradisional. Elemen permukaan dan grafik direka dalam bentuk minimal seiring konsep gajet masa kini, iaitu ringkas di luar tetapi tersembunyi teknologi serba sofistikated di dalam.

4. Penampilan unik Concept Icon dapat dilihat menerusi penggunaan 'gelung infiniti' pada lampu depan dan belakang. Malah, turut dipadankan pada bahagian kereta lain, terutama bumbung kaca.

5. Gril kosmos yang menjadi signatur Geely kini lebih besar, manakala frem pintu daripada gaya bukaan cengkerang. Sekali terbuka jelas terhidang rupa kabin yang lengkap dengan ciri teknologi termaju. Pasukan Rekabentuk Geely Shanghai khabarnya memberikan fokus khas kepada aspek maklumat dan telematik diterima pemandu.

6. Pelantar kompas tengah tersorok di sebalik dekorasi sulaman apabila tidak digunakan yang membuatkan tumpuan lebih fokus kepada bahagian infotainmen.

7. Penumpang belakang disediakan paparan skrin di belakang penyandar kepala yang kini boleh saling berkongsi maklumat dengan pemandu di depan.

8. Concept Icon turut menyediakan banyak ruang simpanan bagi memenuhi keperluan pengguna moden yang tidak lekang dengan penggunaan gajet elektronik seharian.

9. Konsol apung Hab Energi yang diperkenalkan pada Borui GE, juga ada pada Concept Icon. Ciri ini membolehkan pengguna mengecas peranti pintar secara wayarles dan dapat bertukar maklumat menerusi paparan skrin dalam kereta.

10. Concept Icon mengetengahkan karakteristik utama Geely Auto, dan ekspresi keyakinan global terhadap keupayaan rekabentuk dan kejuruteraan dibangunkan pengeluar itu, sekali gus membolehkan trend dan penanda aras baharu dalam industri automotif diluaskan.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto China 2018, Auto Terkini, Concept Icon, Geely, GEELY Auto Group, Geely Bo Rui GE, Geely Borui GE, Guy Burgoyne, Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my