• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jaguar XE 300 Sport (2019) Perkenal Enjin Turbo Baharu Versi Dipertingkat - 295hp

Jaguar XE 300 Sport (2019) Perkenal Enjin Turbo Baharu Versi Dipertingkat - 295hp

April 24, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

JAGUAR XE 300 Sport (2019) melakukan debut rasmi pada 19 April lalu dengan merintis perubahan ringkas barisan baharu XE bagi model masa depan.

Tarikan utama XE 300 Sport (2019) ialah enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo Ingenium berkuasa 295hp, dipertingkat daripada enjin 2.0L turbo (242hp) yang menjana model aras mula, XE. Model ini mengisi ruang antara XE dan model spesifikasi tinggi, XE S berenjin supercas V6 (380hp). Menurut Jaguar, XE 300 Sport (2019) mampu memecut 0-100kmj sepantas 5.7 saat, cuma kurang sesaat daripada model biasa XE.

BERLUMBA DENGAN JAGUH OLIMPIK

Jaguar-XE-300-Sport-9
Jaguar-XE-300-Sport-11
Jaguar-XE-300-Sport-17

Selain perincian rekabentuk luaran kelabu Dark Satin Grey gaya sport, XE 300 Sport (2019) turut menampilkan kemasan sulaman kontras kuning dan hiasan lambang dan jenama 300 Sport (juga warna kuning) untuk hiasan kabin.

Video debut sedan pacuan semua roda (AWD) Jaguar itu tampil menarik dengan memaparkan aksi perlumbaan dengan peluncur laju yang juga pemenang emas Olimpik, Shaolin Sándor Liu.

BACA >>> 15 Fakta Pantas | Jaguar F-Pace 2.0L Ingenium Kini di Malaysia, Harga Bermula RM426k

Pemenang Olimpik ini mampu melengkapkan pusingan lap di trek ais Flevonice Sports and Funpark, Belanda dalam masa 3 minit dan 3 saat, manakala Jaguar yakin XE mampu mengatasi catatan masa tersebut. Kereta itu, yang dipandu Ketua Pembangunan Stabiliti Jaguar, Sean Haughey mencatatkan masa sama seperti Sándor Liu, iaitu 3 minit dan 3 saat, sekali gus berjaya menonjolkan kemampuan sistem AWD dan enjin 2.0L baharu model tersebut.

XE 300 Sport boleh didapati dalam varian XF dan XF Sportbrake. Seperti XE, model XF 300 Sport (2019) juga didatangkan dengan tema luaran warna kelabu dan trim kuning yang melambangkan jenama 300 Sport.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: AWD, Jaguar, Jaguar XE 300 Sport, Jaguar XE 300 Sport (2019), Jaguar XF 300 Sport (2019), Roda4, Sean Haughey, Sedan, Shaolin Sándor Liu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev