• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / GSX-R Edisi Terhad Sempena Rai Pelumba dan Jentera Lumba Legenda Kevin Schwantz

GSX-R Edisi Terhad Sempena Rai Pelumba dan Jentera Lumba Legenda Kevin Schwantz

April 20, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN ini genap 25 tahun berlalu sejak pelumba legenda, Kevin Schwantz memenangi Kejuaraan Dunia 500cc untuk Suzuki, yang juga ulang tahun ke-30 kehadiran sebuah jentera yang boleh diiktiraf sebagai menarik sepanjang zaman -  Pepsi Suzuki RGV500 (1988).

Sempena meraikan dua detik bersejarah itu, Blade Suzuki dengan kerjasama Motorcycle News (MCN) berbangga menawarkan model edisi terhad, Suzuki GSX-R1000A.

Motosikal edisi terhad eksklusif, yang cuma 25 unit dihasilkan itu, tampil dengan rupa Pepsi Suzuki RGV500 (1988) seperti pernah ditunggang Schwantz. Setiap jentera diberikan nombor siri khas dan tandatangan Schwantz bersama nombor ikonik - 34 - yang cukup sinonim dengan legenda itu. Malah, nombor 34 kini tidak boleh lagi digunakan mana-mana pelumba 500/MotoGP kerana sudah dikhaskan untuk pelumba Amerika Syarikat (AS) sebaik saja beliau bersara pada 1995.

Semua motosikal edisi terhad itu ialah eksklusif untuk Blade Suzuki dan MCN, dan boleh dimiliki pada harga cuma £13,999 (RM76,755) dengan bayaran bulanan bermula £139 (RM761). Memiliki cebisan sejarah tidak pernah begitu murah.

EKZOS PERCUMA UNTUK TEMPAHAN SEBELUM 30 APRIL

kevin-schwantz-suzuki-GSXR1000A-pepsi-6
kevin-schwantz-suzuki-GSXR1000A-pepsi-7
kevin-schwantz-suzuki-GSXR1000A-pepsi-2

Mahukan lebih kejutan untuk wang anda? Bagaimana pula dengan bunyi yang unik? Pesan motosikal edisi terhad Schwantz GSX-R1000 Pepsi GP Edition sebelum 30 April ini dan MCN akan melengkapkan jentera anda dengan ekzos Yoshimura bernilai £659 (RM3,612) secara percuma!

Siapa berminat dan merasakan hobinya cukup mahal, bolehlah hubungi Blade Suzuki Swindon di talian 01793500259. Harga semestinya tidak termasuk kos cukai dan penghantaran ke Malaysia.

kevin-schwantz-suzuki-GSXR1000A-pepsi-1
kevin-schwantz-suzuki-GSXR1000A-pepsi-2
kevin-schwantz-suzuki-GSXR1000A-pepsi-3
kevin-schwantz-suzuki-GSXR1000A-pepsi-4
kevin-schwantz-suzuki-GSXR1000A-pepsi-5
kevin-schwantz-suzuki-GSXR1000A-pepsi-6
kevin-schwantz-suzuki-GSXR1000A-pepsi-7

SUMBER: MCN

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 500cc, Blade, Blade Suzuki Swindon, Kejuaraan Dunia 500cc, Kevin Schwantz, MCN, Pepsi Suzuki RGV500 (1988), roda2, Schwantz GSX-R1000 Pepsi GP Edition, Suzuki, Suzuki GSX, Suzuki GSX-R, Suzuki GSX-R1000, Suzuki GSX-R1000A

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev