• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 7 Fakta Pantas | Range Rover Velar Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM529k

7 Fakta Pantas | Range Rover Velar Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM529k

April 19, 2018 By Admin PanduLaju 3 Comments

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RANGE Rover Velar rasmi dilancarkan Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) beberapa hari selepas spesifikasi ringkas mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) premium itu didedahkan kepada umum.

Model keempat dalam barisan Range Rover itu diperkenalkan di pasaran Britain pada musim panas tahun lalu, manakala nama Velar sebenarnya pernah digunakan dalam siri pasca pengeluaran Ranger Rover generasi pertama pada 1969.

Berikut 7 fakta pantas tentang Range Rover Velar versi Malaysia:

1. Pembeli boleh memilih dua kapasiti enjin petrol berbeza:

  • P250 (2.0L) - Enjin 1,998cc | 246hp (5,500rpm) | Tork 365Nm (1,200rpm) | Kelajuan maksimum 217kmj | Pecutan 0-100kmj 6.7 saat.
  • P380 (3.0L) - Enjin 2, 995cc | 374hp (6,500rpm) | Tork 450Nm (3,500rpm) | Kelajuan maksimum 250kmj | Pecutan 0-100kmj 5.7 saat. 

Hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik 8-kelajuan ZF bersama ciri Drive Select dengan pedal syif dan mod pacuan Sport. JLRM juga bakal menawarkan varian enjin 3.0L nanti.

2. Range Rover Velar ada 2 varian:

  • Velar - lencana P250 di belakang, rim 20 inci rekaan tujuh jejari, bumbung standard, paparan kamera belakang, pedal gear berwarna hitam dan lain-lain lagi.
  • Velar R-Dynamic - lencana P250 dan R-Dynamic, rim 21 inci rekaan 10 jejari dengan kemasan kelabu gelap satin, bumbung panorama, penggayaan badan dengan pek R-Dynamic, paparan kamera keliling dan lain-lain.

Kedua-dua varian didatangkan dengan suspensi pasif dan Pengehad Kelajuan Kawalan Jelajah (Cruise Control Speed Limited - CCSL).

3. Range Rover Velar menawarkan tambahan 2 pilihan rim 22-inci: 7 jejari terpisah dengan warna hitam berkilat; dan 9 jejari terpisah dengan kemasan berlian.

4. Range Rover Velar dijual pada harga lebih setengah juta ringgit:

  • Velar (P250) - RM529,800
  • Velar R-Dynamic (P250) -  RM588,800

Harga adalah termasuk GST kecuali insurans, pendaftaran dan cukai jalan

5. Range Rover Velar menampilkan 8 pilihan warna badan dan 5 trim kabin menarik:

Warna Badan

  • Fuji White (putih)
  • Yulong White (putih)
  • Corns Grey (kelabu)
  • Santorini Black (hitam)
  • Kaikoura Stone
  • Firenze Red (merah)
  • Silicon Silver (perak)
  • Carpathian Grey (kelabu)

Trim kabin

  • Ebony/Ebony
  • Acorn
  • Vintage Tan/Ebony
  • EC'ipse/Ebony
  • Light Oyster/Ebony

6. Range Rover Velar lengkap dengan ciri kenderaan premium terkini:

  • Lampu depan LED matriks penuh untuk kejelasan pandangan dan mengurangkan keletihan mata.
  • Rekaan hendal pintu rata trendy dan unik bagi famili Land Rover. Hendal pintu akan keluar apabila kunci pintu dibuka. Rekaan tersebut menyumbang kepada pekali seretan 0.32 yang meningkatkan kecekapan aerodinamik.
  • Paparan pemandu interaktif 12.3-inci dengan empat tema visual dan paparan penuh 30 navigasi.
  • Ruang kabin Velar dihidangkan sistem infotainment Touch Pro Duo dengan skrin sentuh 10-inci definisi tinggi (HD) bersama antaramuka futuristik, elegan dan intuitif.
  • Pengalaman pemanduan ditingkatkan menerusi ciri paparan dongak (HUD), kluster instrumen virtual TFT, kamera keliling 360°, bukaan pintu but menggunakan isyarat fizikal, dan Bantuan Suluh Tinggi Pintar (HBA-i). Kekuatan casis dipertingkat menerusi penggunaan platform monokok intensif aluminium daripada Arkitektur Aluminium Ringan Jaguar Land Rover.

7. Setiap pembelian Range Rover didatangkan dengan program Land Rover Care, iaitu waranti 5 tahun, 5 tahun servis percuma dan 3 tahun bantuan jalanan.

GALERI
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Harga Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar Malaysia
Range Rover Velar MalaysiaRange Rover Velar Malaysia
Harga Range Rover Velar Malaysia

Related

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Jaguar Land Rover, Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Range Rover Velar, SUV, SUV kompak mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev