• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lakaran Rasmi Skoda Kamiq Didedahkan, SUV Subkompak Khas untuk Pasaran China

Lakaran Rasmi Skoda Kamiq Didedahkan, SUV Subkompak Khas untuk Pasaran China

April 19, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter


SKODA bakal memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, diberikan nama Kamiq yang direka dan dibangunkan khusus untuk pasaran China, dan akan ditayangkan kepada umum sempena Pameran Motor Beijing (BMS) 2018, 25 April ini.

Kamiq berada di bawah famili SUV Skoda sedia ada, Kodiaq (saiz pertengahan) dan Karoq (kompak). Penampilan SUV segmen B itu turut menampilkan karakter lasak yang menurut Skoda dibina berasaskan bahasa rekabentuk SUV jenama itu. Gril dan lampu depan disatukan dalam satu unit, manakala panel plastik bersambung sepanjang sisi bawah pintu hingga bampar belakang yang jelas menyerlahkan penampilan gerbang roda crossover ini.

BACA >>> #TahukahAnda: Asal-Usul Nama Skoda Karoq? Tiada Kaitan Langsung dengan Karaoke!

Lakaran rasmi ditunjukkan mengesahkan penampilan luaran depan dan belakang, serta rupa dalaman Kamiq.

Berbanding Kodiaq atau Karoq, SUV terbaharu Skoda ini menampilkan rekabentuk konsol tengah berbeza. Rekaan Kamiq lebih ringkas dan tidak kelihatan tuil buka pintu (di panel sisi). Ini secara tidak langsung memberikan lebih ruang simpanan, iaitu sesuatu yang dapat dilihat pada atas papan pemuka SUV itu.

Ketika model yang dikesan di China didapati menggunakan transmisi automatik, lakaran ini pula menunjukkan tarnsmisi manual. Ini mungkin varian paling standard yang akan dipadankan dengan enjin petrol 1.5L berkuasa 108hp.

China ialah pasaran tunggal Skoda paling kuat di dunia, dengan angka jualan 1 daripada 4 model Skoda terjual di negara ini. Pada tahun lalu, pengeluar itu meningkatkan kapasiti hantaran sebanyak 2.5 peratus kepada 325,000 unit, menjadikan 2017 sebagai tahun terbaik sejak kembali memasuki pasaran republik komunis itu pada 2007.

Skoda Kamiq (2018) dijangka berada di pasaran pada musim panas ini, dengan harga bermula sekitar ¥90,000-¥100,000 (RM55,700-RM 61,900).

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, ŠKODA, Skoda Kamiq, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev