PEDAL syif (paddle shift) ialah ciri eksklusif kereta sport berprestasi tinggi, tetapi kini turut dimuatkan pada model-model biasa seperti Proton Preve dan juga Honda Civic.
Ironinya, bukankah sebab utama kita beli kereta automatik adalah supaya tidak perlu lagi menukar gear? Kenapa pula banyak kereta automatik hari ini menawarkan ciri pedal syif walaupun itu bukan kereta sporty? Bilakah dan kenapa kita perlu menggunakan pedal syif pada kereta automatik?
Jurutera Fiat Chrysler Automobiles, Erich Heuschele berkata, ada beberapa kes yang membuatkan seseorang itu mahukan pedal syif.
BACA >>> Benarkah Silap Guna Pedal Syif Punca Kotak Gear Kereta Rosak?
Sedikit tentang Heuschele, beliau dan sepasukan jurutera membangunkan jenama FCA berprestasi tinggi, SRT, yakni kumpulan yang bertanggungjawab atas pembangunan model seperti Dodge Challenger SRT Hellcat berkuasa 707hp.
Beliau juga ahli sebuah pasukan jurutera elit FCA yang dibenarkan menguji kenderaan dalam aspek had pengendalian. Dalam erti kata lain, beliau boleh menjahanamkan sesebuah kereta ujian selagi tidak memenuhi standard tinggi ditetapkan.
"Pedal syif adalah tentang keseronokan dan keterlibatan berbanding fungsi kerana logik anjakan transmisi (automatik) sudah sangat bagus.
"Kita letakkan banyak usaha untuk menjadikan transmisi automatik berfungsi baik," kata Heuschle.
BACA >>> #PanduUji: Puas Hati Balun Toyota GR Supra, Kereta Power yang Jimat Minyak!?
TUKAR GEAR DENGAN PANTAS
Bagi kebanyakan kereta, pedal syif digunakan untuk menukar gear atas atau bawah. Tipikalnya, pedal di sebelah kanan roda stereng ialah untuk menganjak naik gear, manakala pedal sebelah kiri untuk menganjak turun gear. Kereta automatik juga ada cara lain untuk menukar gear secara manual, iaitu seperti menggunakan suis pada pemilih gear atau menggerakkan pemilih gear kepada mod manual dan menganjak atas (+) atau bawah (-).
"Anda boleh gunakan pedal syif bersama mod trek, enjin akan kekal dalam pengehad rev," jelas Heuschle sambil menambah, prestasi ialah alasan paling popular menggunakan pedal syif.
Sebagai individu yang memiliki pengalaman luas dalam bidang perlumbaan dan biasa dengan fungsi pedal syif, inilah sebab kuat kenapa Heuschle menyatakan penggunaan pedal syif ialah untuk trek lumba.
Menurutnya, apabila berada dalam mod trek, transmisi automatik ZF 8-kelajuan pada Challenger SRT Hellcat mampu melakukan anjakan gear sepantas 160 milisaat yang cukup pantas. Malah, boleh menyaingi pesaing lain dengan transmisi dual-klac (DCT) yang kerap disebut sebagai kereta anjakan gear terpantas. Sebagai rujukan, Bugatti Veyron mampu melakukan anjakan gear sepantas 8 milisaat, manakala Nissan GTR (150 milisaat).
Namun keseronokan dan permainan sebenar bukan hanya pada penggunaan pedal syif kerana menurut Heuschele, statistik prestasi SRT terbaik sebenarnya dicapai dalam mod automatik.
"Saya mahu pedal syif tidak diperlukan," katanya sambil menjelaskan tentang anjakan manual untuk kereta prestasi yang mungkin tidak lagi jadi gaya pemanduan terpantas.
"Dan di trek yang kami uji, ia tidak diperlukan. Tetapi, tidak semua trek seperti trek ujian kami, dan keputusannya, kami juga ada pedal syif untuk pemandu yang perlukan kawalan tersebut," kata Heuschele lagi.
BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Gear Automatik Anda Rosak
PRAKTIKAL UNTUK PEMANDUAN PRESTASI
Heuschele menjelaskan lagi, atas strip lumba drag yang mana SRT Hellcat ialah raja, model automatik yang dianjakkan dalam mod automatik ialah metod terpantas ke garisan penamat. Hellcat mampu mencapai kelajuan 0-100kmj dalam julat pertengahan 3 saat dengan transmisi automatik itu, dan Persatuan Hot Rod Kebangsaan (NHRA) mengesahkan catatan masa suku batu (402 meter) sepantas 11.2 saat dengan tayar biasa atau 10.8 saat menggunakan tayar drag.
"Hellcat mencapai masa diiktiraf NHRA dengan auto yang beranjak sendiri," katanya.
Selain Heuschele, Pakar Trak AutoGuide, Stephen Elmer turut menjelaskan tentang banyak penggunaan praktikal pedal syif. Antaranya ketika menunda kenderaan, pedal syif membantu turun jalan curam panjang kerana anda mungkin mahukan enjin/transmisi membantu mengawal berat.
"Dengan menggunakan pedal syif, anda boleh menurunkan gear trak untuk mengawal beban, semua dilakukan tanpa perlu mengalihkan tangan daripada stereng," katanya.
Apabila menunda dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) atau crossover yang dilengkapi pedal syif, misalnya, Jeep Grand Cherokee atau Subaru Outback, pemandu boleh menggunakan pedal syif untuk menukar gear dengan pantas apabila mendaki bukit bagi mengekalkan pecutan sekata.
Ini termasuk sebaliknya, pemandu dapat menggunakan brek enjin secara manual apabila menuruni curam atau mendekati lalu lintas. Transmisi tidak dapat melihat seperti apa dilihat pemandu, jadi menukar gear dalam situasi mendaki dan turun akan memberikan pemanduan lancar.
BACA >>> #RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren
DIUJI KELASAKAN
Mengulas mengenai teknik pemanduan seperti di atas (jadikan pedal syif sebagai brek enjin), Heuschele menyatakan itu tidak akan merosakkan transmisi.
"Kami sudah bersedia untuk pelanggan menggunakan pedal syif seperti itu. Transmisi itu tidak akan membenarkan anda menganjak turun gear ketika rev enjin tinggi daripada sepatutnya," katanya.
Tambahnya lagi, SRT dan ZF menjalani banyak ujian untuk memastikan transmisi tersebut mampu menangani rutin penggunaan harian yang lasak.
"Ujian ketahanan dilakukan atas pedal syif dalam memastikan kami mendapat semua senario penggunaan untuk anjakan dan ketahanan. Bukan hanya itu, ZF juga menjalani ujian ketahanan pada sistem dan transmisi," katanya.
Heuschele turut berkongsi apa yang sangat menyeronokkan mengenai tugasan ujian transmisi kereta prestasi itu.
"Kami buat 50 ujian menggunakan tayar standard dan kemudian 50 ujian lagi dengan tayar drag, kedua-dua set tayar diset dalam mod trek untuk aksi seagresif yang boleh."
Senario akhir disarankan Heuschele untuk menggunakan pedal syif ialah dalam pemanduan salji. Kebanyakan kereta automatik akan mula bergerak dalam gear kedua berbanding gear satu yang akan mengehadkan hantaran tork kepada roda pacu, dan membantu mengelak tayar berpusing atau hilang traksi dalam salji.
Kereta itu mungkin ada mod salji yang secara automatik melakukan perkara sama, tetapi pedal syif akan membantu meletakkan kawalan gear di hujung jari pemandu.
"Pedal syif berguna apabila pemandu mahu berada dalam kawalan. Kita perlu buat banyak kerja, dan menukar kepada mod auto ialah senario terbaik boleh dilakukan. Tetapi, ada banyak situasi yang kita belum teruji atau tidak dapat menguji," kata Heuschele.
Situasi tersebut biasanya memerlukan pertimbangan pemandu. Jika anda tidak berpuasa hati dengan transmisi, inilah masanya anda lakukan sendiri dengan pedal syif. Jangan takut menarik pedal dan kawallah kereta anda!
BACA >>> #PanduUji: Proton Persona (2019) Standard Manual yang Riang Dipandu
SUMBER: AutoGuide
Izzul syawal says
Boleh ke kereta new myvi 2018 auto transmission convert ke paddle shift atau masukkan elemen paddle shift ?
Ada part yg nk kena tukar ?
Ada part yg nak kena tambah ?
Berapa budget untuk sebuah myviG3?