• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Group Bangunkan Teknologi Kereta Boleh Cari Parkir Sendiri

Volkswagen Group Bangunkan Teknologi Kereta Boleh Cari Parkir Sendiri

April 22, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Group sedang menguji sistem parkir autonomi di Lapangan Terbang Hamburg, Jerman secara berperingkat.

Projek rintis itu, yang melibatkan tiga pihak: Volkswagen Group, Free and Hanseatic City dan Lapangan Terbang Hamburg, dijangka diperkenalkan pada 2020 dengan menggunakan sistem pemetaan parkir pada kenderaan Volkswagen, Audi dan Porsche.

BACA >>> Lakaran Volkswagen I.D. Vizzion Concept, EV Autonomi yang Tiada Stereng, Pedal Kaki

Teknologi baharu tersebut memudahkan pemandu mencari petak parkir kosong kerana kereta sendiri yang akan melakukannya. Orientasi kenderaan dipandukan penanda bergambar yang diletakkan di petak parkir bertingkat dan juga boleh digunakan di parkir-parkir terpilih bermula 2028.

Demonstrasi fungsi parkir autonomi tersebut didedahkan kepada umum buat kali pertama di Hamburg yang ketika itu masih dalam peringkat pembangunan. Fasa pertama ujian, sistem itu dapat digunakan di parkir bertingkat terpilih dengan lalu lintas eksklusif, iaitu dikhaskan untuk kereta yang memiliki sistem berkenaan tanpa diakses pihak lain.

BACA >>> Mountune Hasilkan Kit Prestasi untuk Volkswagen Golf GTI

Sebelum mula beroperasi, sistem parkir autonomi itu akan diuji secara meluas di beberapa lokasi parkir berbeza seluruh dunia. Peringkat seterusnya, teknologi tersebut akan diuji pula dalam pelbagai situasi lalu lintas di kawasan parkir yang melibatkan kereta dengan sistem sama dan kereta konvensional (tanpa teknologi).

Teknologi tersebut membolehkan semua kenderaan di bawah Volkswagen Group diletakkan di parkir awam dan terbuka. Ia akan dilengkapi sistem sensor keliling aktif yang dapat mengesan objek dan memberikan respon berpandukan situasi semasa, sebelum memutuskan sama ada perlu membrek atau berhenti sepenuhnya.

Ia akan dilengkapi set sensor seperti ultrabunyi, radar dan kamera. Kemudian, data yang dikesan akan diproses dalam unit kawalan pusat (CCU) dalam kenderaan.

BACA >>> Pelan Insurans Volkswagen (VIP) Tawar Manfaat Perlindungan Komprehensif, Mudah

Related

124
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 5 tabiat buruk buat gear automatik rosak, Audi, Autonomi, kereta autonomi, Lapangan Terbang Hamburg, parkir autonomi, Porsche, sistem parkir autonomi, Volkswagen, Volkswagen Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my