• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Bell & Ross RS8 - Jam Tangan Kronograf Premium dengan Kerjasama Pasukan Renault F1

Bell & Ross RS8 - Jam Tangan Kronograf Premium dengan Kerjasama Pasukan Renault F1

April 16, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR supercar eksotik bukanlah satu-satunya yang berkolaborasi dengan pembuat jam terkenal untuk menghasilkan jam tangan yang mengambil ilham automotif.

Terbaharu, pasukan Formula Satu (F1), Renault menjalinkan kerjasama dengan Bell & Ross untuk menghasilkan tiga varian jam tangan baharu yan dijangka mampu menarik perhatian ramai peminat sukan permotoran yang sukakan jam tangan eksklusif.

Jam tangan kronograf Bell & Ross RS18 baharu menonjolkan keghairahan yang dikongsi bersama dua firma gergasi itu dalam aspek kejuruteraan mekanikal, kelajuan, prestasi dan rekabentuk sport. Didedahkan bulan lalu pada pameran jam dan permata Baselworld di Switzerland, jam tangan ini melakarkan inspirasi daripada roda stereng teknologi tinggi yang ada pada kereta lumba Renault selain meraikan penajaan Bell & Ross ke atas pasukan F1 asal Perancis itu.

TIGA VARIAN BERBEZA CIRI

Varian paling mahal, BR-X1 Tourbillon menggabungkan mekanisme jam paling sofistikated dan eksklusif. Jam tangan menggunakan kuasa mekanikel itu menampilkan ciri butang tekan tunggal untuk mengaktifkan fungsi catatan masa lap kronograf.

Mekanisma 35-permata BR-CAL.283 membuatkan 282 komponen berayun pada 21,600 getaran per jam (vph) dan mampu menyimpan kuasa jam selama 4 hari. Harga? €165,000 (RM790,426), iaitu tanda harga yang mampu membuatkan sesiapa saja mengalirkan air mata.

Varian BR-X1 pula memuatkan ciri jarum kerangka bagi menampilkan gerakan kronograf automatik. Dihiasi pergerakan 56-permata BR-CAL.313, BR-X1 mampu menghasilkan28,800 vph pada harga jauh lebih rendah, iaitu €18,900 (RM90,554) sahaja.

Varian terakhir, BR 03-94 menampilkan mekanisme gerakan automatik BR-CAL.301 dengan jarum gentian karbon yang berharga €5,900 (RM28,269).

CIRI JAM PREMIUM

jam-bell-ross-renault-rs18-2
jam-bell-ross-renault-rs18-11
jam-bell-ross-renault-rs18-9

Setiap model dimasukkan dalam titanium mikroblas dan didatangkan dengan tali jam getah hitam jenis berlubang. Jam tangan ini juga kalis air pada tahap 100 meter (10 atmosfera atau 100 meter) dan menggunakan kristal sapphire anti-reflek dan calar. Skema warna ditawarkan ialah kuning dan hitam dengan aksen merah.

Dimensi jam tangan BR-X1 ialah 45mm, manakala BR 03-94 berukuran lebih kecil, 42mm. Bell & Ross akan menghasilkan 20 unit BR-X1 tourbillon, 250 unit BR-X1 dan 999 unit BR 03-94.

GALERI
jam-bell-ross-renault-rs18-3
jam-bell-ross-renault-rs18-7
jam-bell-ross-renault-rs18-5
jam-bell-ross-renault-rs18-9
jam-bell-ross-renault-rs18-2
jam-bell-ross-renault-rs18-12
jam-bell-ross-renault-rs18-10
jam-bell-ross-renault-rs18-11
jam-bell-ross-renault-rs18-1
jam-bell-ross-renault-rs18-4
jam-bell-ross-renault-rs18-6
jam-bell-ross-renault-rs18-8

SUMBER: CarScoops

Related

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Bell & Ross, F1, Formula Satu (F1), Jam tangan, Renault

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev