SETELAH sekian lama menanti, akhirnya MForce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan SYM Super Moped VF3i, sekaligus menjadikan ia moped pertama di dunia yang menggunakan enjin 185cc.
Secara tidak langsung, ia mendahului segmen moped di Malaysia yang sekian lama dimonopoli oleh Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS150i.
SYM Super Moped VF3i hadir dalam dua varian iaitu standard dan SE. Beza antara kedua-dua varian ini ialah warna dan SE juga didatangkan dengan aksesori tambahan. Paling penting, harga ditawarkan sedikit 'tidak masuk akal'.
HARGA
- SYM Super Moped VF3i - RM7,988
- SYM Super Moped VF3i SE - RM8,288
* Harga tidak termasuk GST dan insurans
3 PILIHAN WARNA
- Biru
- Merah
- Hitam (SE)
ENJIN 185CC - TERBESAR DALAM SEGMEN MOPED DUNIA
Dari segi prestasi, SYM Super Moped VF3i menggunakan enjin SOHC 4-silinder Liquid cool bersesaran 185cc, yang juga kapasiti enjin terbesar dalam segmen moped setakat ini.
Dengan bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 17.7hp pada 8,500rpm dan tork 15.3Nm (7,500rpm). Ia juga memiliki kapasiti tangki agak besar iaitu 7L. Berdasarkan ujian dalam dijalankan oleh MForce, isian tangki penuh boleh bergerak dari Pulau Pinang ke Kuala Perlis.
Berapa top speed? Walaupun memiliki berat 124kg, menurut MForce, SYM Super Moped VF3i mampu memecut sehingga 155kmj tanpa sebarang masalah. Manakala jentera ini akan berada di pasaran mulai Mei 2018.
Fork hadapan SYM Super Moped VF3i menggunakan jenis telescopic manakala belakang pula Telescopic coil spring. Ruangan roda hadapan menggunakan tayar 90/80 R17 dan 120/70 R17 untuk belakang.
BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?
PESAING
- Yamaha Y15ZR - 15hp, 13.8Nm, 5-kelajuan, RM7,999
- Honda RS150R - 15.4hp, 13.5Nm, 6-kelajuan, 123kg, RM8,213
- Benelli RFS150i - 15.5hp, 13Nm, 6-kelajuam, 126kg, RM7,338
APAKAH IA PIKAT HATI ANDA?
Lihat pada harga ditawarkan, sememangnya ia murah dan boleh dianggap 'tidak masuk akal' jika mahu dibandingkan pesaing moped lain. Persoalannya, mampukah SYM Super Moped VF3i memikat hati rakyat Malaysia? Apakah kapcai berkuasa tinggi itu mampu memberi saingan hebat kepada Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R?
Jika diberikan pilihan, mana satu model moped yang anda akan pilih? Mahu jenama Jepun atau Itali? Tepuk dada tanya selera!
BACA >>> 45 Foto Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Benelli RFS 150i
Syed says
Abam n hakak admin, mohon banyakkan lagi gambar, tak cukup ni, terima kasih hihi
Burn says
Agak2 mei brape hri blan yek??? Slpas rye ke sblum rye
Amran says
Abam.. nak 1..
Jackaon Bin Jaibi says
Moto dah dapat,,, 1st servis dah lepas,,, minya enjin pakai yg terbaik,,, tapi top 140km pun tak sampai yoooohh,,,,
zud2kin says
so mmg 'out' la motor ni?
charles says
kna tngok brat juga.. keadaan jalan.. angin dn sbagainya
charles says
moto ni kencang.. laju .. rs dan ysuku bye2.. ketinggalan jauh.. sda try smua.. handling memng siok.. pickup n top memng cun melecun. sy pakai sendiri..
Hafza says
Enjin boleh tahan lama tak? Macam honda atau yamaha?