• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Permintaan Meningkat Berkali Ganda, Alcantara Terpaksa Tolak Untung

Permintaan Meningkat Berkali Ganda, Alcantara Terpaksa Tolak Untung

April 21, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FIRMA Alcantara S.p.A yang berasal dari Milan, Itali terpaksa menolak keuntungan kerana tidak mampu memenuhi permintaan atas produk upholsteri dan kemasan fabrik buatannya yang semakin popular.

Tiada material kemasan upholsteri lain yang mampu memberi fiil sport seperti Alcantara. Nampaknya hampir semua kereta terpantas dan mewah masa kini sudah menjadi kemestian untuk menggunakan material tersebut sebagai kemasan kabin. Namun di sebalik permintaan yang semakin popular itu, pengeluar utama produk berkenaan, Alcantara S.p.A mengakui tidak mampu kagi memenuhi kehendak industri automotif dan industri lain.

Menurut laporan MotorTrend.com, firma Itali itu sedang merancang meningkatkan output pengeluaran kepada 2 kali ganda dalam tempoh 5 tahun bagi memenuhi permintaan pesat material yang dihasilkan daripada bahan poliuretana (polyurethane) dan poliester (polyester). Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alcantara S.p.A, Andrea Boragno berkata, syarikatnya pada masa ini hanya mampu menghasilkan 8 juta meter Alcantara setahun, tetapi pengeluaran hari ini tidak mampu memenuhi permintaan sedia ada.

BACA >>> Apakah Kulit Nappa? Kenali Material Kulit untuk Kemasan Dalaman Kereta

Walaupun menyedari tentang peluang membuat keuntungan sebanyak 20 peratus, tetapi dia terpaksa menolak. Pada 2015, permintaan Alcantara meningkat mendadak sebanyak 3 kali ganda yang turut melonjakkan keuntungan syarikat 3 kali ganda sejak 2009 hingga 2017.

Keuntungan perniagaan Alcantara S.p.A banyak dipengaruhi industri automotif yang menguasai 80 peratus keseluruhan perolehan keuntungan. Eropah ialah pasaran terbesar bahan alcantara, iaitu 60 peratus daripada keseluruhan permintaann. Pengguna Eropah nampak cukup berminat dengan roda stereng ala suede yang agak melekat ini.

SUMBER: CarThrottle

Related

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Alcantara, Alcantara S.p.A, Andrea Boragno, Auto Terkini, Itali, kabin, Kemasan Kulit, material, Upholsteri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev