• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kymco Like 150i - Skuter Gaya Itali dari Taiwan Bakal ke Indonesia

Kymco Like 150i - Skuter Gaya Itali dari Taiwan Bakal ke Indonesia

April 15, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN AK550, Kymco juga akan melancarkan model Like 150i sempena di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2018, minggu ini. Menariknya, selain membawa masuk model skuter maxi untuk menentang Yamaha TMAX, model dari Taiwan ini mahu berentap dengan Vespa.

Like 150i boleh dianggap Vespa Sprint versi Taiwan dan bakal jadi pilihan pencinta motosikal yang sukakan skuter gaya Itali tetapi pada harga mampu milik. Sasaran Like 150i pasti berbeza berbanding skuter premium berkonsepkan sporty yang pastinya bersaing dengan jenama Jepun.

BACA >>> #BIMS2018: Vespa Sprint 150 i-Get Carbon Edition Versi Thailand, ฿129,000 (RM15.9k)

Like 150i dipacu enjin 150cc SOHC berkuasa 13.5hp pada 9,000rpm dan tork 11.7Nm (6,500rpm) serta didatangkan ciri keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), suspensi teleskopik di depan dan dual absorber di belakang.

Keselesaan pengendalian disokong rim 12-inci bersama tayar bersaiz 110/70 depan dan 130/70, belakang. Berat 142kg dianggap sepadan dengan gaya tunggangan mudah sekitar bandar.


Pada masa ini laman web rasmi Kymco Indonesia cuma menulis  'New Coming Soon' (Terbaharu Akan Datang) untuk model Like 150i. Bagaimanapun, tiada spesifikasi teknikal didedahkan, termasuk harga. Like 150i akan menjadi model keenam dibawa Kymco Indonesia selepas memperkenalkan Racing King 150i, K-XCT200i, Downtown 250cc dan Xciting400i pada IIMS tahun lalu.

GALERI
Kymco-Like-150i-02
Kymco-Like-150i
Kymco-Like-150i
Kymco-Like-150i
Kymco-Like-150i
Kymco-Like-150i

 

 

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: IIMS 2018, Indonesia, Kymco, kymco ak550, Kymco Indonesia, Kymco Like 150i, Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2018, roda2, skuter, Vespa, Vespa Sprint

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev