SELEPAS membuka tempahan awal April lalu, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menjemput rakan media bagi sesi prebiu Nissan Serena S-Hybrid (2018) serba baharu.
MPV generasi kelima yang dijangka dilancarkan pada Mei depan bakal hadir dalam dua varian berbeza iaitu Highway Star dan Premium Highway Star dengan menampilkan beberapa pembaharuan.
Antaranya ialah pengenalan teknologi Nissan Intelligent Mobility. Menurut Nissan, Serena S-Hybrid (2018) ialah model MPV kompak pertama yang dilengkapi ciri moden seperti itu.
Berikut ialah 7 fakta pantas mengenai model MPV nombor satu Jepun itu;
1. HARGA
- Nissan Serena S-Hybrid (2018) Highway Star - Bawah RM140,000
- Nissan Serena S-Hybrid (2018) Premium Highway Star - Bawah RM155,000
* Harga adalah anggaran dan masih menunggu kelulusan
2. ENJIN 2.0L TWIN CVTC
Nissan Serena S-Hybrid (2018) menampilkan enjin 2.0L (MR20DD) dengan Twin CVTC berkuasa 147hp (6,000rpm) dan tork 200Nm (4,400rpm). Transmisi pula mengunakan kotak gear XTRONIC CVT dengan Kawalan Anjakan Adaptif (ASC), manakala penjimatan bahan api mencatatkan penggunaan 14.2km per liter.
3. ADA 4 PILIHAN WARNA MENARIK
- Brilliant White (putih)
- Tungsten Silver (perak)
- Diamond Black (hitam)
- Cashmere Gold (emas)
4. WARANTI
- Jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan dan tiga servis percuma atau 60,000km (mana tiba dahulu)
5. CIRI KESELAMATAN TERKINI - 6 BEG UDARA
Selain 6 beg udara SRS sebagai ciri keselamatan standard, Nissan Serena S-Hybrid (2018) turut dilengkapi:
- Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC)
- Sistem Kawalan Traksi (TCS)
- Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
- Bantuan Brek (BA)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Mula Daki (HSA)
- ISOFIX dengan pautan atas (top tether)
BACA >>> Nissan Serena Nismo Mula Dijual di Jepun, Harga RM126k
6. NISSAN INTELLIGENT MOBILITY (NIM)
Nissan Serena S-Hybrid (2018) menampilkan teknologi pintar Nissan Intelligent Mobility yang terdiri daripada:
- 7 kerusi dengan 7 port USB
- Dual pintu gelungsur kuasa bebas tangan - cuma lintaskan kaki di bawah pintu untuk buka dan tutup pintu.
- Monitor Pandangan Keliling Pintar (i-AVM) - menggunakan 4 kamera untuk berikan padangan burung (bird view) 360°.
- Pengesan Objek Bergerak Pintar (i-MOD) - sistem mengesan dan memberikan amaran kepada pemandu tentang kehadiran objek bergerak sekeliling kenderaan.
7. CIRI & AKSESORI TAMBAHAN
Bagi Nissan Serena S-Hybrid (2018) versi Premium Highway Star, ia turut didatangkan dengan beberapa aksesori tambahan seperti;
- Tempat duduk kulit dengan 2-tona warna (Truffle Brown/Chestnut) atau hitam sahaja
- Panel LCD 10.1-inci pada bumbung
- Perakam Video Pemanduan (DVR)
- Lampu bumbung LED
- Rim Aloi 16-inci
- Visor Pintu
- Filem Penapis Haba 4Mil V-KOOL
Orang ramai boleh memandu uji Nissan Serena S-Hybrid (2018) di bilik pameran Nissan terpilih bermula 14 dan 15 April serta 20 hingga 22 April ini. Berikut ialah tarikh dan lokasi pandu uji.
Maklumat lanjut tentang tempat dan tarikh pameran serta siri jelajah boleh layari laman web Nissan.com.my atau hubungi panggilan hotline Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.
Leave a Reply