• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / BMW Hasilkan Swingarm Gentian Karbon Versi Pengeluaran Massa?

BMW Hasilkan Swingarm Gentian Karbon Versi Pengeluaran Massa?

April 21, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

422
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad mendedahkan lengan ayun atau swingarm gentian karbon yang dibangunkan sasaran spesifik, iaitu sebagai komponen pengeluaran massa. Inovasi ini bakal membuka pintu kepada pembuatan motosikal premium yang bukan hanya terhad kepada frem dan rim karbon, tetapi juga swingarm karbon.

Pengeluar Jerman itu ketika ini sudah pun menggunakan material ringan, termasuk gentian karbon yang digunakan meluas dalam pembuatan kereta seperti model i3 yang menjadi perintis kepada pengenalan frem karbon. Hanya sekitar tahun lalu barulah teknologi itu diaplikasikan kepada Motorrad yang kemudian muncul menerusi BMW HP4 Race dengan ciri frem dan rim karbon.

Adakah pembangunan baharu ni mampu menunjukkan laluan kepada motosikal jalanan menerusi penggunaan teknologi berkenaan (swingarm karbon)?

BACA >>> #BikinMotor: BMW G 310 R Street Tracker - Naked yang Lebih Naked

Pengarah Pembiayaan Projek BMW, Dr Joachim Starke berkata, BMW cenderung menghasilkan komponen casis yang mampu menampung daya beban berterusan selepas sering didesa tentang penggunaan teknologi tersebut.

Katanya, komponen kereta agak tertutup dan menyukarkan proses ujian, sebaliknya swingarm karbon dapat dilihat secara visual pada motosikal. Ini sangat ideal untuk pembangunan projek kerana keupayaan komponen itu dalam menampung beban dan tekanan dapat dirasai serta-merta.

"Teknik pengeluaran kami menggunakan CFP dalam bentuk gentian jela (endless fibre) kekuatan tinggi. Teknik ini diperlukan paten tekanan, yang mana bahagian acuan suntikan dengan gentian jela kitar semula CFP pendek digunakan ketika tahap tekanan tidak terlalu tinggi.

"Dengan cara ini, kami membangunkan rekabentuk efisien-kos yang boleh diskalakan mengikut keperluan dengan menambah gentian jela kekuatan tinggi dalam pelbagai peringkat kekuatan menggunaan perkakasan sama," kata Starke.

Adakah BMW akan menggunakan teknologi itu dalam pembuatan motosikal pengeluaran pada masa akan datang? Ketua Pembangunan BMW Motorrad, Karl-Viktor Schaller pernah ditanya soalan sedemikian ketika pelancarkan jentera HP4 Race, tahun lalu.

Menurut Schaller, pengeluaran massa bermakna ada kira-kira 200 motosikal dikeluarkan setiap sehari. Secara teori, ia boleh dilakukan dengan menambah barisan pengeluaran untuk alat ganti gentian karbon.

"Tetapi itu pelaburan besar dan bagi jumlah pengeluaran tinggi kami tidak nampak penggunaan (alat ganti) karbon dalam masa terdekat.

"Namun, pelanggan juga selalu dapat produk edisi sport atau edisi terhad yang dengan mudah menyelesaikan isu (komponen) karbon, cuma terhad kepada beberapa ribu unit setahun," kata Schaller lagi.

Ia seakan pendekatan Ducati ke atas model Superleggera yang mana BMW melihat masa depan produk karbon adalah dalam bentuk motosikal edisi terhad dan premium. Dengan jangkaan kemunculan model baharu radikal, BMW S1000RR tahun depan, dan BMW Motorrad sendiri mengesahkan akan menghasilkan frem karbon, swingarm dan rim karbon, mungkinkah 2019 akan menyaksikan ketibaan BMW S1000RR HP4 versi jalanan?

swingarm-karbon-
swingarm-karbon-1
swingarm-karbon-2
swingarm-karbon-3
bmw-swingarm-karbon
bmw-swingarm-karbon-2

SUMBER: MCN

Related

422
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, BMW, BMW Motorrad, BMW Motorras, BMW S1000RR HP4, Dr Joachim Starke, gentian karbon, Karl-Viktor Schaller, lengan ayun, roda2, swingarm, Swingarm Karbon, teknologi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev