TRIUMPH Motorcycles memperkenalkan Bonneville T100 dan T120 edisi istimewa, tetapi sayangnya model keluaran khas itu hanya untuk pasaran Britain. Terhad cuma 59 unit, pengeluar motosikal Britain itu mengambil inspirasi daripada Triumph Bonneville T120 keluaran 1959.
Model pertama menggunakan nama ikonik itu didatangkan dengan cat kustom sport, meniru Bonneville 650 (1959) dengan skema biru dan jingga klasik yang menggoda. Model T100 pula menampilkan warna badan putih bersama perincian biru dan oren.
Pembeli kedua-dua model klasik itu berpeluang memenangi helmet 'Knight White' buatan Hedon. Selain itu, pelanggan juga boleh merebut peluang mendapatkan tangki minyak semburan cat eksklusif 'Spirit of 59' sebagai insentif tambahan kepada mereka yang menunggang uji mana-mana Triumph klasik moden sebelum akhir Jun ini.
T120 dijual pada harga £10,600 (RM58,000), manakala T100 berharga £9,000 (RM49,260).
Leave a Reply