• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Continental ContiConnect: Platform Pemantauan Tayar Digital untuk Kenderaan Komersial

Continental ContiConnect: Platform Pemantauan Tayar Digital untuk Kenderaan Komersial

April 10, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR tayar premium, Continental menawarkan produk dinamakan ContiConnect, iaitu platform pemantauan tayar digital bagi mengurangkan kos pengurusan flit kenderaan komersial secara keseluruhan. Sistem tersebut dapat membantu pihak pengurusan trak flit mengurangkan kos, menjimatkan masa senggara, melindungi tayar bagi kerosakan jangka panjang, dan meningkatkan kecekapan bahan api serta meningkatkan tahap keselamatan.

BACA >>> Continental Hasilkan Audio Kereta Tanpa Pembesar Suara

ContiConnect ialah platform pemantauan tayar jarak jauh yang tidak bergantung kepada telematik. Segala pengumpulan data tayar dilakukan sensor yang dipasang pada bahagian dalam tayar. Selain mengelak kerosakan kerbing dan kecurian, kedudukan sensor dapat mengesan suhu dan tekanan tayar dengan tepat tanpa dipengaruhi haba daripada sistem brek.

CONTICONNECT_pandulaju3
CONTICONNECT_pandulaju5
CONTICONNECT_pandulaju4

Sebaik saja trak memasuki halaman flit, sistem peranti input stesen akan mengambil data daripada sensor dan dihantar kepada portal web ContiConnect menerusi rangkaian selular. Data itu kemudian akan dipaparkan dalam portal. Daripada laman itulah pengurus flit boleh mengakses amaran tekanan angin tayar rendah, dan menjejaki data semasa ke semasa, termasuk melihat laporan dan analisis semua tayar yang dipasang sensor.

BACA >>> 5 Ciri Istimewa Tayar Continental UltraContact UC6 dan ComfortContact CC6

Platform turut memaparkan notifikasi teks dan e-mel. Jadi pengurus penyelia penyenggaraan, atau kakitangan lain juga boleh menerima makluman segera apabila tekanan tayar rendah atau suhu tayar tinggi direkodkan. Ini membolehkan bahagian flit bertindak proaktif untuk menyelesaikan masalah dan bukan membelanjakan masa berharga untuk melakukan pemeriksaan tekanan secara manual.

Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) ContiPressureCheck tidak susah untuk dipasang pada tayar bersaiz 17.5 ke atas.

GALERI
CONTICONNECT_pandulaju6
CONTICONNECT_pandulaju7
CONTICONNECT_pandulaju8
CONTICONNECT_pandulaju9
CONTICONNECT_pandulaju10
CONTICONNECT_pandulaju11
CONTICONNECT_pandulaju12
CONTICONNECT_pandulaju13
CONTICONNECT_pandulaju4
CONTICONNECT_pandulaju5
CONTICONNECT_pandulaju1
CONTICONNECT_pandulaju2
CONTICONNECT_pandulaju3

Related

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Auto Terkini, ContiConnect, Continental, Platform Pemantauan Tayar Digital ContiConnect, Tayar Trak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev