• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Mohon Trademark Nama 'Palisade', Mungkinkah Nama SUV Saiz Penuh Baharu?

Hyundai Mohon Trademark Nama 'Palisade', Mungkinkah Nama SUV Saiz Penuh Baharu?

April 10, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI memfailkan permohonan tanda dagang atau trademark untuk nama Palisade di Pejabat Tanda Dagang dan Paten Amerika Syarikat  (USPTO) pada 23 Mac lalu. Berdasarkan dokumen tersebut, nama Palisade akan digunakan untuk 'kereta dan bahagian struktur', iaitu nama khas untuk kenderaan baharu.

Palisade bermaksud 'pagar kayu atau besi yang ditanam dalam tanah sebagai bentuk pertahanan'.  Mungkinkah ia bakal menjadi nama baharu untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu jenama Korea itu yang beberapa kali dikesan sedang melakukan ujian jalan raya.

BACA >>> SUV Premium Kia Telluride Bakal Guna Platform RWD K900?

Crossover 8 kerusi itu akan berkongsi platform, teknologi dan barisan enjin sama dengan model konsep Kia Telluride. Model SUV saiz penuh itu dilaporkan bakal menggunakan platform RWD yang terlebih dahulu digunakan K900. Telluride dijangka tampil sebagai versi pengeluaran pada lewat tahun ini atau pada 2019 dengan dikuasakan enjin petrol, manakala versi elektrik tiba kemudian.

Hyundai pula merancang melancarkan 15 model kenderaan elektrik (EV) menjelang penghujung dekad ini dan Palisade antara model baharu yang akan turut serta dalam barisan hibrid dan hibrid plug-in (PHEV), Santa Fe terbaru dan model lain.

GALERI
hyundai-palisade-suv-1
hyundai-palisade-suv-3
hyundai-palisade-suv-5
hyundai-palisade-suv-7
hyundai-palisade-suv-9
hyundai-palisade-suv-trademark-uspto

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Crossover, hyundai, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia Telluride, Palisade, Pejabat Tanda Dagang dan Paten Amerika Syarikat  (USPTO), SUV, tanda dagang, trademark, USPTO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev