• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Daimler Mula Bincang Potensi Pasaran di China

Daimler Mula Bincang Potensi Pasaran di China

April 19, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DAIMLER bersetuju membincangkan potensi kerjasama di China dengan Li Shufu, selaku pemegang saham terbesar pengeluar automotif Jerman itu. Mengulas perkara itu sempena Mesyuarat Tahunan Daimler di Berlin bersama 6,000 pemegang saham, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Daimler, Dieter Zetsche (gambar atas) berkata, setakat ini perbincangan dengan Pengerusi Geely itu menunjukkan petanda positif.

"Beliau mahukan pelaburan dengan Daimler dalam bentuk kerjasama jangka panjang dan dia menyokong strategi kejayaan kami.

"China ialah pasaran terpenting kami. Dalam perbincangan masa depan perniagaan kereta di China, kami akan dapat melibatkan pemegang saham terbesar," kata Zetsche.

Zetsche menegaskan kerjasama itu turut memerlukan sokongan daripada rakan usahasama di China yang sudah lama bersama Daimler, iaitu Baic. Daimler juga terbuka kepada sebarang cadangan dalam memenuhi kepentingan Baic.

BACA >>> Geely Kini Pemegang Saham Terbesar Daimler

Li Shufu tidak hadir dalam ucap tama itu yang mana saham taikun itu diwakili proksi. Sejak membeli saham Daimler 9.7 peratus, pengeluar automotif Jerman itu dilihat cuba bersikap adil demi memenuhi kemahuan pemegang saham baharu dan pada masa sama menjayakan usahasama strategik dengan rakan kongsi China sedia ada.

Kumpulan Geely Holdings Zhejiang bulan ini membentangkan rancangan untuk mula menjual jenama Lynk & Co di Eropah yang dilihat usaha melebarkan pengaruh pakatan China-Eropah di rantau tersebut.

Daimler mencatatkan pendapatan yang naik, tetapi berdepan tekanan perbelanjaan hebat berikutan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV).

 

SUMBER: EuropeAutoNews.com

Related

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Daimler, Dieter Zetsche, Geely, Kumpulan Geely Holdings Zhejiang, Li Shufu, Lynk & Co, Mercedes-benz, saham

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev