• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MINI Cooper S Countryman Sports - Model CKD Pertama Di Dunia, Harga RM245,888

MINI Cooper S Countryman Sports - Model CKD Pertama Di Dunia, Harga RM245,888

April 5, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

161
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MINI Cooper S Countryman Sports CKD MalaysiaSELAIN model Plug-In Hybrid, MINI Malaysia turut memperkenalkan MINI Cooper S Countryman Sports CKD. Lebih menarik, Malaysia menjadi pasaran pertama di dunia yang memasang sendiri model ini.

Model pemasangan tempatan dari kilang Inokom di Kulim, Kedah itu menampilkan rekaan luaran baharu dengan kit aerodinamik MINI John Cooper Works.

HARGA

  • MINI Cooper S Countryman Sports CKD - RM245,888

JAMINAN

  • 4 tahun tanpa had perbatuan

MINI Cooper S Countryman Sports CKD MalaysiaLINCAH

MINI Cooper S Countryman Sports CKD turut dilengkapi dengan suspensi sport yang ditala bagi mengekalkan kestabilan atas jalan raya.

Kelincahannya pula tiada tandingan dalam pengendalian dan dikuasakan oleh MINI John Cooper Works Course Spoke bersaiz 19 inci yang disertakan dengan Run Flat Tyres.

Selain itu, antara ciri-ciri baharu yang ada pada model ini ialah Park Distance Control (PDC) termasuklah ciri Park Assist pada bahagian hadapan dan belakang. Dengan Park Assist, paparan kawalan akan menunjukkan status ketika parkir kereta dilakukan.

Tapak parkir yang dipilih akan terlebih dahulu dianalisa oleh pengesan-pengesan ultrasound sebelum Park Assistant mengawal roda stereng untuk menyempurnakan proses memarkir kereta tersebut. Pemandu hanya perlu kendalikan pedal pemecut dan brek sahaja.

MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia12 PEMBESAR SUARA HI-FI HARMAN KARDON

Dari segi rekaan dalaman, MINI Cooper S Countryman Sports CKD dilengkapi dengan Anthracite Headliner yang memberikan suasana dalaman ambien lagi harmoni. Ketelitian kemasan Anthracite boleh dilihat pada visor matahari, perkakas lampu dalaman dan pemegang bumbung belakang.

Tempat duduk pula diperbuat daripada bahan Leather Cross Punch berwarna hitam (Carbon Black) bersama roda stereng JCW MINI.

Aspek hiburan, buat pertama kalinya MINI Cooper S Countryman Sport CKD dilengkapi dengan paparan sesentuh bersaiz 8.8 inci berserta sistem navigasi. Ia diperhebatkan lagi dengan 12 sistem pembesar suara hi-fi Harman Kardon 360-watt.

MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
Harga MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia

ENJIN 2.0L TURBO

MINI Cooper S Countryman Sports CKD dijana unit enjin turbo TwinPower MINI 2L 4-silinder. Dengan bantuan kotak gear automatik sport 8-kelajuan , ia mampu menjana 192hp dan tork 280Nm.

Pecutan dari sifar ke 100kmj mampu dibuat sepantas 7.4 saat dengan kelajuan maksimum 224kmj. Penggunaan bahan api pula mencatatkan 6.5L bagi setiap 100km.

Untuk maklumat lanjut mengenai MINI Cooper S Countryman Sports ini, sila layari https://www.mini.my/.

GALERI

MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
Harga MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia
MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia

Related

161
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Enjin MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia, Harga MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia, MINI Cooper S Countryman Sports CKD, MINI Cooper S Countryman Sports CKD Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my