• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 10 Fakta Pantas Tentang MINI Countryman Plug-In Hybrid, Kini di Malaysia (RM255,888)

10 Fakta Pantas Tentang MINI Countryman Plug-In Hybrid, Kini di Malaysia (RM255,888)

April 5, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MINI Malaysia memperkenalkan MINI Countryman Plug-In Hybrid, pertama dalam barisan famili jenama itu yang bukan saja menampilkan rekaan gah, tetapi juga lincah dan selamat di jalanan. Buktinya, crossover subkompak ini mendapat rating 5-bintang dalam ujian perlanggaran Euro NCAP.

Ada 10 fakta pantas yang perlu anda tahu tentang MINI Countryman Plug-In Hybrid:

1. HARGA: MINI Countryman Plug-In Hybrid berharga RM255,888.

2. JAMINAN: 4 tahun tanpa had perbatuan bersama servis percuma.

3. ADA 6 WARNA PILIHAN: Chili Red (merah), British Racing Green (hijau), Thunder Grey (kelabu), Light White (putih), Melting Silver (perak) dengan bumbung hitam dan Island Blue(biru) dengan bumbung putih.

4. ENJIN BERKUASA: Menampilkan enjin bersesaran 1.5L berkuasa 224hp dan tork 385Nm dengan padanan kotak gear automatik 6-kelajuan. Pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 6.8 saat dengan kelajuan maksimum 198kmj. Penggunaan bahan api mencatatkan 2.1 liter per 100km.

BACA >>> Mini John Cooper Works Clubman & Countryman - Paling 'Power' Dalam Keluarga Mini

MINI Countryman Plug-In Hybrid Malaysia_PanduLaju (11)
MINI Countryman Plug-In Hybrid Malaysia_PanduLaju (10)
MINI Countryman Plug-In Hybrid Malaysia_PanduLaju (9)

5. CIRI eDRIVE: Dilengkapi butang eDrive untuk pilihan mod pemanduan elektrik: AUTO eDrive (standard), MAX eDrive (elektrik penuh), dan SAVE BATTERY (kekalkan status cas bateri voltan tinggi pada tahap malar). Cas penuh kereta ini mampu bergerak sejauh 40km tanpa petrol.

6. AUTO eDRIVE: Jika kapasiti cas bateri antara 7 dan 100 peratus, pemandu boleh memandu hingga kelajuan 80kmj tanpa petrol. Dalam kelajuan lebih tinggi, enjin petrol akan beroperasi automatik.

7. MAX eDRIVE: Pemandu boleh menikmati pemanduan elektrik penuh hingga kelajuan 120kmj. Pemanduan jarak dekat boleh dipandu menggunakan kuasa elektrik penuh dalam jarak 40km.

8. SAVE BATTERY: Beroperasi ketika status pengecasan bateri pada tahap rendah. Mod ini membolehkan bateri dicas semula enjin petrol atau bagi mengekalkan status pengecasan pada 90 peratus. Dalam mod ini, enjin petrol akan beroperasi sepenuhnya.

MINI Countryman Plug-In Hybrid Malaysia_PanduLaju (8)
MINI Countryman Plug-In Hybrid Malaysia_PanduLaju (3)
MINI Countryman Plug-In Hybrid Malaysia_PanduLaju (1)
MINI Countryman Plug-In Hybrid Malaysia_PanduLaju (5)
MINI Countryman Plug-In Hybrid Malaysia_PanduLaju (2)

9. BOLEH CAS DI RUMAH: Crossover ini boleh dicas di rumah menggunakan soket kuasa yang disambung pada Home Charging Cable (HCC) selama 5 jam untuk pengecasan penuh. Pemilik juga boleh mengecas di salah satu 270 fasiliti mengecas awam seluruh Malaysia. Tempoh mengecas penuh sekitar 3 jam 15 minit dan tiada bayaran dikenakan pada tahun pertama.

10. TEMPAHAN SELURUH NEGARA: Model baharu ini boleh didapati di semua pengedar sah MINI seluruh negara bermula Jumaat, 6 April 2018. Sebarang maklumat lanjut mengenai MINI Countryman Plug-In Hybrid boleh layari MINI.my

Related

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Harga MINI Countryman Plug-In Hybrid, MINI Countryman Plug-In Hybrid, MINI Countryman Plug-In Hybrid Malaysia, Mini Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev