• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beg Udara Takata: Honda Malaysia Panggil Balik 28,399 Unit Model 2013

Beg Udara Takata: Honda Malaysia Panggil Balik 28,399 Unit Model 2013

April 5, 2018 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


HONDA Malaysia melanjutkan lagi kempen panggil balik beg udara Takata yang kali ini melibatkan 28,399 unit kenderaan tahun 2013 bagi menggantikan inflator beg udara penumpang depan. Model terbabit terdiri daripada City (2013), Jazz (2013), Jazz Hybrid (2013) dan Insight (2013).

Setakat Mac lalu, Honda Malaysia selesai menukar lebih 223,000 unit inflator beg udara pemandu, melibatkan 84 peratus nisbah siap. Jumlah keseluruhan inflator beg udara pemandu dan penumpang depan yang ditukar ialah lebih 435,000 unit, atau 77 peratus nisbah siap.

BACA >>> 7 Perkara Tentang Beg Udara Takata yang Perlu Anda Tahu

Honda Malaysia turut menyatakan kempen panggil balik itu tidak melibatkan model terkini selain menegaskan akan terus komited dan telus dalam memastikan keselamatan pelanggan.

Setakat hari ini juga tiada sebarang kemalangan atau kecederaan melibatkan inflator beg udara penumpang Takata dilaporkan di Malaysia.

Menurut Honda Malaysia, pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat yang akan memuatkan perincian mengenai kempen panggil balik itu. Justeru pelanggan disarankan menghantar kenderaan mereka ke mana-mana pusat servis Honda terdekat untuk diperiksa dan ditukar komponen rosak itu secara percuma.

Selain memastikan stok inflator beg udara siap sedia 100 peratus, Honda Malaysia turut meningkatkan kapasiti servis menerusi hab bergerak, hab servis di stesen Petronas terpilih, siri jelajah Honda dan memberikan keutamaan penukaran di pusat servis.

Pemilik kenderaan juga boleh memeriksan status panggil balik kenderaan masing-masing di laman web Honda.com.myatautelefon panggilan bebas tol 1-800-88-2020.

Honda Malaysia secara proaktif akan terus melancarkan kempen panggil balik berhubung isu inflator beg udara Takata, termasuk mengingatkan dan memaklumkan pelanggan mengenai kepentingan menukar komponen rosak itu sama da menerusi media sosial atau SMS.

Jadi pemilik kenderaan Honda dinasihatkan supaya peka dan mengambil berat tentang status kereta sendiri dengan mengikut segala saranan yang dimaklumkan secepat mungkin.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Beg udara takata, Honda, Honda Malaysia, inflator beg udara, Kempen Panggil Balik, Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev