• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Pasti Raih Manfaat Kerjasama Geely - Pengedar Proton

Proton Pasti Raih Manfaat Kerjasama Geely - Pengedar Proton

April 9, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MANUSIA ketika bercakap memang hebat. Semua benda tidak kena walaupun belum tahu hujung pangkal, perincian dan lihat dengan mata sendiri. Kemudian galak mengkritik semacam tahu semua perkara. Bukan susah pun, hanya bermodalkan air liur atau papan kekunci, semua orang boleh melontarkan pendapat.

Apa yang berbeza, adakah seseorang itu mengkritik atas dasar mahu menambah baik atau sekadar lalang mengikut arus masa? Contoh ketara dalam dunia automotif ialah kisah Proton dan Geely yang dilemparkan pelbagai kritikan negatif.

BACA >>> #Spyshot: Panel Meter Proton Boyue Mirip Volvo S60?

Malah, ada kalangan pengedar Proton juga tidak yakin dengan usahasama antara dua konglomerat tersebut. Justeru, Proton mengambil inisiatif khas dengan membawa sebahagian wakil pengedar mengunjungi Institut Penyelidikan Geely (GRI) di Hangzhou Bay, China dalam usaha membuka minda tentang masa depan Proton.

PANDANGAN WAKIL PENGEDAR PROTON

Dealers bonded with each other for the Geely dealers trip
Dealers enjoying the trip to the GRI
Hazree Hashim of Vitalic Sdn Bhd
Mohd Nazrin Mohamad Fozi, of Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd
Munauwir Mohd Khir, from Edaran Saga Sdn Bhd

Munauwir Mohd Khir (Edaran Saga Sdn Bhd) berkata, selepas melawat GRI, dia dapat menyaksikan betapa Geely mengambil kira setiap perincian daripada perancangan hingga pelaksanaan, dan setiap penelitian dikaji untuk memastikan proses berjalan lancar.

"Setiap perkara dilakukan secara terkawal dan proses nya begitu teratur dari satu-satu ujian hingga produk akhir. Saya juga perhatikan Geely mematuhi peraturan ketat dan ini sangat baik," katanya.

Mohd Nazrin Mohamad Fozi (Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd) pula berpendapat, lawatan khas ke China itu berjaya menonjolkan keupayaan teknologi Geely dan masa depan industri automotif.

BACA >>> Jawapan Proton: Benarkah Pengedar Bumiputera Diabaikan?

"Saya boleh bayangkan sekiranya teknologi seperti ciri keselamatan canggih dan terkini digunakan pada kenderaan Proton, kita pasti boleh jadi peneraju utama kereta di Malaysia dan antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Hazree Hashim (Vitalic Sdn Bhd) pula mengakui selepas lawatan, dia mula dapat memahami lebih jelas perkembangan Geely dan bagaimana Proton akan meraih manfaat daripada perkongsian dalam jangka panjang.

Logo Baharu Proton

"Dari budaya kerja ke kilang, ada sistem dan aliran yang betul untuk melakukan sesuatu. Pengeluaran terkawal dan semua nampak teratur. Saya gembira dan bangga kerana berpeluang menjadi sebahagian kumpulan lawatan ke GRI," katanya.


BOYUE BAKAL TENTU NASIB PROTON?

Bak kata pepatah, ayam sedang bersabung, manakan tahu menang dan kalah. Jadi biarlah Proton merencana hala tuju syarikat itu dan kita pula lihatlah detik pelancaran 'Boyue' kelak untuk menilai sejauh manakah prestasi pengeluar nasional tersebut.

Jika boleh biarlah kita mendengar daripada sumber sebenar ibarat peribahasa, 'bukan air muara yang ditimba, sudah disauk dari hulunya'. Janganlah kita jadi netizen seperti Jason misalnya, yang tahu mengkritik hingga tiada molek langsung tentang Proton.

Related

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Geely, Geely Automobile Holdings Ltd, Institut Penyelidikan Geely (GRI), Proton, PROTON Holdings Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev