• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Karnival Toyota GAZOO Racing (TGR) Malaysia Sukses! Musim Ke-2 Bakal Kembali!

Karnival Toyota GAZOO Racing (TGR) Malaysia Sukses! Musim Ke-2 Bakal Kembali!

April 7, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


MUSIM pertama siri perlumbaan Vios Challenge sempena Karnival Toyota GAZOO Racing (TGR) baru saja melabuhkan tirai pada acara kemuncak di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur hujung minggu lalu dengan menampilkan pelbagai aksi dramatik dan pameran menarik, khas buat pengunjung tempatan.

Selepas berakhir siri perlumbaan di Batu Kawan (Pulau Pinang), MAEPS (Serdang) dan Medini City (Johor Baharu), sebanyak 40 jentera Toyota Vios berentap buat kali terakhir dalam kategori masing-masing iaitu Sporting, Super Sporting dan Promotional.

SHAWN TIDAK TERCABAR, DIANA TUNJUK POTENSI

Antara perlumbaan tumpuan ramai ialah kategori Promotional yang disertai selebriti popular tanah air. Aktor Shukri Yahaya menunjukkan skil memandu yang sangat baik hingga melayakkan dia berada di posisi kedua bagi kategori Sporting.

Pemandu wanita paling menyerlah ialah aktres Diana Danielle apabila dapat meletakkan diri dalam kedudukan 10 teratas dan dilihat sebagai pencapaian terbaik bagi dirinya selepas mengakui sudah lama tidak memandu kereta manual.  Seperti dijangka, sensasi beatboxing, Shawn Lee meneruskan penguasaan dan muncul juara bagi kategori Promotional dan cuma tewas dua kali daripada lapan perlumbaan disertai.

Tengku Djan in action
Shukri Yahaya
Stars galore

Apapun, raja drift Malaysia, Tengku Djan Ley menjadi bintang dalam Vios Challenge apabila menunjukkan aksi mendebarkan kepada peminat dan pesaing dalam trek. Kawalan kenderaan dan pemanduan litar ditampilkan Djan turut menjadi faktor yang memeriahkan saingan sesama pelumba dalam merebut kejuaraan. Tidak terkecuali asakan sengit daripada pesaing terdekatnya, William Ho.

Seorang lagi pelumba menyerlah dalam kategori Sporting yang perlu diberi perhatian ialah Brandon Paul Anthony yang baru berusia 20 tahun. Sebenarnya ada ramai lagi bakat baharu dikesan sepanjang perlumbaan Vios Challenge musim pertama ini.

Menariknya, sebahagian pelumba Vios Challenge musim ini mungkin akan turut serta sekali lagi dalam siri perlumbaan musim kedua. Sama-sama kita nantikan!

GALERI
Drift action
Fun activities
Fun Ride on Sunday
Janna Nick and her fans
Racing fans
Shukri Yahaya leading the pack
Shukri Yahaya
Sporting Class action
Stars galore
Tengku Djan in action
Toyota owners' clubs

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Brandon Paul Anthony, Diana Danielle, Shawn Lee, Shukri Yahaya, Tengku Djan Ley, tgr, Toyota, Toyota Gazoo Racing (TGR), Toyota Gazoo Racing 2018, UMW Toyota Motor, Vios Challege

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev