• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW Hover Ride - Daripada Motor Terbang LEGO, Kini Jadi Model Konsep

BMW Hover Ride - Daripada Motor Terbang LEGO, Kini Jadi Model Konsep

April 2, 2018 By Han Othman 2 Comments

760
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW dan LEGO menghasilkan konsep motosikal terbang futuristik, dipanggil Hover Ride yang dihasilkan berasaskan kit LEGO Technic BMW R 1200 GS Adventure, terdiri daripada 603 bongkah, sama seperti mainan asal.

Jika sebelum ini kita biasa menyaksikan motosikal sebenar di-LEGO-kan, tetapi kali ini BMW mengambil inisiatif lebih berani apabila memutuskan menghasilkan replika Hover Ride daripada versi LEGO, siap berserta propeler roda depan.

BACA >>> LEGO Toyota Camry - Saiz Penuh dengan Berat 2 Tan dan 900 Jam Disiapkan

Kronologinya begini, model BMW R 1200 GS Adventure asalkan dijadikan LEGO. Kemudian, motosikal dual-sport versi LEGO itu diubah menjadi motosikal terbang (bentuk LEGO). Sekarang LEGO itu, divisualkan menjadi realiti dalam bentuk motosikal konsep (motor sebenar - LEGO - LEGO (motor terbang) - motor konsep).

DIHASILKAN BMW JUNIOR

Replika LEGO BMW R 1200 GS Adventure dilancarkan pada Januari lalu sebagai sebahagian daripada cabaran binaan 603 bongkah. Ini juga model LEGO pertama yang dihasilkan dengan kerjasama BMW.

Ketua Jualan dan Pemasaran BMW Motorrad, Heiner Faust berkata, idea kolaborasi itu dibuat kerana kedua-dua syarikat memiliki beberapa persamaan dari segi inovasi dan tradisi dalam jenama dan produk masing-masing dalam memberikan pengalaman hebat kepada golongan muda dan dewasa seluruh dunia.

Diilhamkan daripada model LEGO, pasukan jurutera di BMW Junior di unit latihan yang berpangkalan di Munich,  memutuskan mencabar diri untuk membina semula model LEGO untuk sebagai kenderaan konsep.

BACA >>> Search lego LEGO Toyota Camry - Saiz Penuh dengan Berat 2 Tan dan 900 Jam Disiapkan

Beberapa komponen seperti rim roda depan diubah suai untuk membentuk propeler yang dibuat khas untuk projek tersebut, sekali gus menyerlahkan kemahiran kerja tangan pelatih-pelatih muda di BMW.

Salah seorang jurulatih BMW Junior, Markus Kollmannsperger yang turut terlibat dalam pembangunan Hover Ride berkata, dia mengakui berasa kagum dapat menyaksikan rakan sekerjanya daripada pelbagai disiplin kerja berbeza dapat bekerja dengan pelatih BMW.

GALERI
bmw-r1200gs-adventure
bmw-hover-ride-concept-6
bmw-hover-ride-concept-4
bmw-hover-ride-concept-3
bmw-hover-ride-concept-8
bmw-hover-ride-concept-5
bmw-hover-ride-concept-1
bmw-hover-ride-concept-7

SUMBER: DailyMail.co.uk

Related

760
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, BMW, BMW R 1200 GS Adventure, Heiner Faust, Hover Ride, LEGO, LEGO Technic BMW R 1200 GS Adventure, model konsep, motosikal konsep, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev