• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #BIMS2018: Streetbike GPX Razer 220 Lancar di Thailand ฿69,500 (RM8.6k) Sahaja

#BIMS2018: Streetbike GPX Razer 220 Lancar di Thailand ฿69,500 (RM8.6k) Sahaja

March 28, 2018 By ZY 1 Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMA GPX mungkin masih kurang dikenali di Malaysia, tetapi pengeluar motosikal dari Thailand itu nampaknya bijak dalam memenuhi permintaan pasaran yang semakin hari semakin cerewet.

Sempena Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2018 yang berlangsung sepanjang minggu ini, GPX Thailand, yang popular dengan model Demon 150GR atau 'Panigale mini', baru saja melancarkan model terbaharu, GPX Razer 220.

Seakan gabungan antara  GPX Demon 150GN dan GPX Gentleman yang bakal dibawa masuk ke Malaysia suku kedua tahun ini, Razer 220 dilengkapi enjin 4-lejang 223cc penyejukan cecair dan membawa imej streetfighter Demon 150GN dalam saiz motosikal sebenar.

BACA >>> GPX Demon 150GN & Legend Gentleman 200 Sah Masuk Malaysia Awal 2018!

Pandulaju-Razer220-9
Pandulaju-Razer220-11
Pandulaju-Razer220-13

Walaupun ditawarkan pada harga cuma ฿69,500 (RM8,600) untuk pasaran Thailand, menariknya GPX Razer 220 menawarkan ciri menarik yang bakal membuatkan pemilik streetbike lain seperti Yamaha FZ150i dan Modenas Pulsar NS200 di sini iri hati dengan rakan permotoran di negara sana.

  • Lampu LED penuh (depan dan belakang)
  • Fork terbalik (USD)
  • Meter digital dengan lampu latar berubah warna mengikut kelajuan

  • Lengan ayun @ swingarm 'banana'
  • Enjin 220cc, SOHC suntikan bahanapi (Fi), penyejukan cecair dengan transmisi 6-kelajuan

Memandangkan masih lagi baharu dilancarkan, tiada perancangan sama ada model ini bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Mungkinkah akan dinilai berdasarkan prestasi jualan model Demon 150GN dan Gentleman 200 nanti? Sama-sama kita nantikan berita baik daripada GPX Malaysia.

SPESIFIKASI

Enjin: 223cc, 4-Lejang, SOHC Penyejukan Cecair
Nisbah Mampatan: 9.9: 1
Transmisi: Manual 6-kelajuan
Suspensi depan: Teleskopik terbalik (USD)
Suspensi belakang: Monoshock
Brek depan: Cakera tunggal
Brek belakang: Cakera tunggal
Roda depan: 100/80-17"
Roda belakang: 130/70-17"
Dimensi (PxLxT): 1,945mm x 800mm x 1,095mm
Tinggi pelana: 800mm
Berat: 150kg

GALERI

Pandulaju-Razer220-13
Pandulaju-Razer220-12
Pandulaju-Razer220-11
Pandulaju-Razer220-10
Pandulaju-Razer220-9
Pandulaju-Razer220-8
Pandulaju-Razer220-7
Pandulaju-Razer220-6
Pandulaju-Razer220-5
Pandulaju-Razer220-4
Pandulaju-Razer220-3
Pandulaju-Razer220-2

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, gpx demon 150gn, gpx demon 150gr, gpx legend gentleman 200, gpx masuk malaysia, razer 220, roda2, Thailand, thailand motorcycle

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev