• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: Mitsubishi Pajero Sport Dikesan di Puspakom, Bakal Masuk Malaysia?

#Spyshot: Mitsubishi Pajero Sport Dikesan di Puspakom, Bakal Masuk Malaysia?

April 1, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Pajero Sport
dilancarkan di Indonesia pada 2016. Setahun kemudian, model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu mula dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) di negara jiran tersebut.

Thailand pula menjadi negara paling awal membawa masuk model tersebut, sejak 2015 dan pada tahun sama Mitsubishi Motors Thailand meraikan penghantaran pertama Pajero Sport serba baharu kepada 90 negara seluruh dunia.

Bagaimana pula Malaysia? Ketika negara lain sudah menikmati pesaing kuat kepada Toyota Fortuner, pengguna Malaysia masih perlu tunggu dan lihat. Malah, jangkaan awal SUV itu akan muncul seawal 2016 jauh meleset.

BACA >>> #BIMS2018: Mitsubishi eX Concept - Kenderaan Elektrik (EV) Masa Depan

Namun, harapan itu mungkin bakal jadi kenyataan apabila Pajero Sport kini dikesan di kawasan parkir Puspakom. Kelibat SUV saiz pertengahan itu dilihat sebagai petanda kemunculannya ke pasaran tempatan. Model baharu itu juga khabarnya didatangkan dalam  dua pilihan enjin:

  • 2.4L MIVEC VGT | 178hp | 430Nm
  • 2.5L DI-D Common Rail | 134hp | 314Nm (enjin lama)

Hantaran kuasa kepada roda dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan dengan mod manual dan pedal syif, atau manual 5-kelajuan.

Di Indonesia, Pajero Sport ditawarkan dalam enam pilihan varian: Dakar (4x4) AT, Dakar (4x2) AT, Exceed (4x2) AT, Exceed (4x2) MT, GLX (4x4) MT dan Dakar (4x2) Ultimate. Harga jualan di pasaran negara jiran itu pula bermula antara RM136,000 hingga RM190,000 (selepas tukaran Rupiah-Ringgit Malaysia). Bagaimanakah pula harga versi Malaysia?

Setajkat ini spesifikasi lengkap Pajero Sport versi tempatan masih belum diketahui. Tetapi kami pasti kehadiran model Mitsubishi itu akan memberikan lebih pilihan kepada peminat SUV Malaysia. Apa pendapat anda?.

KREDIT FOTO: Acoi Al-Ameer

GALERI

Related

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi Motors Malaysia, Mitsubishi Pajero Sport, Roda4, Spyshot, SUV, SUV saiz pertengahan, SUV segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
    Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
    Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev