• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #RetroAuto: Semua Tentang Scrambler yang Perlu Anda Tahu

#RetroAuto: Semua Tentang Scrambler yang Perlu Anda Tahu

March 28, 2018 By admin.pandulaju 5 Comments

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL lasak dengan tayar berbunga dadu, yang dipanggil scrambler atau motocross, ialah antara jenis jentera dua roda yang mendapat tempat di hati pembeli Malaysia, terutama penunggang kawasan pedalaman.

Namun faktanya, istilah atau gelaran yang sering dicampur aduk itu (scrambler-motocross) sebenarnya membawa maksud berbeza. Scrambler ialah segmen motosikal, manakala motocross itu ialah sejenis sukan perlumbaan lasak. Persamaannya, scrambler turut menjadi jentera tunggangan hujung minggu buat mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Ada bermacam-macam model scrambler daripada pelbagai jenama yang ada di pasaran negara ini.

BACA >>> #RetroAuto: Apakah Itu Motosikal Cafe Racer?

Jadi, jika anda ingin beralih kepada keseronokan menunggang lasak atas semua permukaan rupa bumi (all-terrain), scrambler ialah antara pilihan motosikal yang sesuai. Artikel kali ini menyusun serba ringkas mengenai sejarah scrambler yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca budiman semua.

BUKAN HANYA LAJU, TETAPI JUGA LASAK


Susur galur scrambler berasal dari Britain, bermula penghujung 1920 dalam bentuk perlumbaan yang lebih mementingkan kelajuan berbanding peraturan. Peserta akan berlumba dari titik A ke B dalam masa sepantas mungkin untuk menang, dengan cara meredah apa saja cabaran rupa bentuk bumi kerana setiap saat begitu berharga.

 

Dalam dunia motosikal sebelum kemunculan dirt bike yang dihasilkan secara besar-besaran, penunggang perlu kerap mengubah suai motosikal mereka mengikut keperluan tunggangan harian seperti meredah rumput licin dan mendaki laluan bercerun. Jadi asasnya, semakin lasak sesebuah jentera itu, maka semakin baik motosikal tersebut.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Cafè Racer, Brat, Tracker dan Scrambler?

Selepas sekian lama perlumbaan 'rebut' (scramble) berlangsung dalam litar tertutup, termasuk motocross, dan perlumbaan gurun California, pengeluaran motosikal pada pertengahan 1960-an ialah lebih bercirikan dirt bike seperti mana dapat kita lihat hari ini - fork tinggi dan madgad berparuh tajam.

APAKAH SCRAMBLER?


Sebenarnya definisi scrambler tidak terhad kepada model 'standard kilang' saja. Tidak kira apa saja jenis motosikal atas jalan yang anda miliki, ia boleh dijadikan atau digelarkan scrambler sekiranya diubah suai untuk mendapatkan ciri lasak sebuah scrambler. Maksudnya, sebuah kapcai pun boleh diubah suai menjadi scrambler.

Ciri am scrambler pula ialah adaptasi motosikal jalanan kepada jentera all-terrain. Sejak segmen itu mula diperkenalkan secara rasmi, scrambler ialah jenis motosikal yang mampu merentasi pelbagai cabaran atas bumi seperti menyeberang sungai yang cetek dan mendaki bukit. Jadi, penting bagi scrambler untuk mempunyai ciri eksklusif seperti ringan (lightweight), berkuasa dan reliabel.

Antara beberapa karakter penting scrambler ialah:

  • Ekzos dipasang tinggi untuk jarak kelegaan tanah.
  • Pelana pendek dan berpad.
  • Kuasa tork lebih superior berbanding kelajuan tertinggi.
  • Visual ringkas.
  • Komponen ringan.
  • Tangki kecil.
  • Tolok mini bercahaya.
  • Tayar off-road dan rim jejari.

Penting untuk kita tahu, objektif utama klasifikasi scrambler ialah meminimumkan fizikal jentera dengan mengetepikan segala komponen tidak diperlukan. Maknanya, keperluan rekabentuk estetik scrambler ialah menonjolkan ciri jentera yang ringan, laju dan boleh ditunggang meredah laluan lasak. Inilah sebab kenapa scrambler menjadi antara segmen motosikal yang menarik. Walaupun minimalis, tetapi tetap mengancam dan berkuasa.

UBAH SUAI IKUT CITA RASA


Namun, idea dan konsep itu bukanlah peraturan yang wajib diikuti, dan pemilik berhak memilih jenis pengubahsuaian mengikut cita rasa sendiri. Scrambler seperti model cafe racer BMW (lihat gambar atas) mungkin lebih sesuai dengan cita rasa anda.

Ada pelbagai contoh scrambler menarik di luar sana. Ingat, jika berminat menunggang motosikal yang betul-betul off-road, kita sepatutnya perlu tampil berbeza berbanding jentera all-terrain biasa.

BACA >>> #BikinMotor: KTM 390 Duke 'Badmaash', Jadi Scrambler Lebih Ganas

Rekabentuk scrambler tulen sepatutnya merujuk kepada motosikal dengan rupa asli scrambler British. Namun, scrambler hari ini banyak juga yang tiada lagi ciri off-road sebenar, misalnya Ducati Monster yang kini menjadi definisi segmen motosikal baharu digelar streetfighter.

Scrambler hari ini lebih kepada gaya hidup dan perasaan maskulin si penunggang. Ye lah, siapa pula yang mahu peduli pasal off-road lagi? Rutin hidup hari ini pun lebih banyak perlu meredah jalan raya berbanding hutan belantara.

SUMBER: EllaSpede

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autotainment, Retro Auto, roda2, scrambler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev