• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Corolla Hatchback (2019) dengan Enjin 2.0L Baharu

Toyota Corolla Hatchback (2019) dengan Enjin 2.0L Baharu

March 30, 2018 By admin.pandulaju 3 Comments

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Corolla Hatchback (2019) melakukan debut rasmi sebelum Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2018 dengan menampilkan ciri seperti Auris untuk pasaran Eropah.

Model kompak Toyota baharu itu dijana enjin 4-silinder 2.0L Dynamic Force dengan teknologi VVT. Menurut pengeluar dari Jepun itu, enjin baharu kali ini lebih senyap, berkuasa dan efisien berbanding enjin 1.8L lama walaupun tiada angka rasmi didedahkan.

Ada 2 pilihan transmisi ditawarkan: manual 6-kelajuan dan automatik CVT dengan pedal syif. Kotak gear CVT Corolla Hatchback (2019) menampilkan ciri 'gear luncur' daripada pacuan gear tradisional, untuk mengatasi masalah tali sawat CVT yang kurang efisien ketika memecut dari posisi pegun.

EKSTRA DIMENSI

2019-Toyota-Corolla-Hatchback-37
2019-Toyota-Corolla-Hatchback-29
2019-Toyota-Corolla-Hatchback-38

Jika dibandingkan Corolla iM, model Corolla Hatchback (2019) baharu ini 30mm lebih lebar, 380mm lebih panjang dan 25mm lebih rendah, sekali gus memberikan lebih ruang kabin dengan konsol tengah 43mm lebih lebar. Ciri dalaman standard terdiri daripada skrin infotainment 8-inci dengan Amazon Alexa dan Apple CarPlay, serta sambungan Wi-Fi.

Ada juga pakej Entune 3.0 Audio Plus (standard untuk varian XSE) dengan tambahan radio definisi tinggi (HD) yang memuatkan maklumat cuaca dan trafik, termasuk SiriusXM, Entune Connected Services (ECS) dan sistem audio JBL 800-watt dengan 6 pembesar suara.

Semua varian Corolla Hatchback (2019) baharu turut didatangkan standard dengan teknologi keselamatan aktif, Safety Sense generasi kedua yang terdiri daripada sistem Pra-Rempuhan dengan Pengesan Pejalan Kaki, Kawalan Jelajah Jarak Dinamik Kelajuan Penuh (FSDRCC), Amaran Tukar Lorong dengan Bantuan Stereng (LDW-SA), Bantuan Jejak Laluan (LTA) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB). Ini termasuk ciri keselamatan tipikal seperti Kawalan Traksi, Amaran TUkar Lorong (LDW) dan 7 beg udara.

DUA PILIHAN VARIAN


Sejak dilancarkan, Corolla Hatchback (2019) didatangkan dengan trim XE dan XSE. Kedua-dua varian akan dilengkapi lampu LED di depan dan belakang sebagai standard, termasuk difuser belakang dengan kemasan krom. Varian XSE pula mendapat kemasan tambahan seperti rim aloi 18-inci, lampu kabus LED, dan gril depan krom, manakala bagi model CVT ditambah pula lampu belok adaptif.

Ada 7 warna pilihan, iaitu: Rival Blue (biru), Blizzard Pearl (putih), Silver Metallic (perak), Midnight Black (hitam), Galactic Aqua Mica (hijau gelap), Scarlet (biru muda) dan Oxide Bronze (gangsa). Setakat ini, tiada maklumat harga dan perincian spesifikasi Toyota Corolla Hatchback (2019) didedahkan.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback kompak, NYIAS 2018, Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2018, Roda4, Segmen C, Toyota, Toyota Corolla Hatchback (2019)

Comments

  1. wong tian says

    October 17, 2018 at 7:36 PM

    will this toyota Corolla Hatchback (2019) bring into malaysia ?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev